CHECK STATUS PENERIMA BANTUAN MYKAD RM1200 APRIL 2024 : SEMAK SEKARANG
Untuk makluman umum, seramai 700 ribu rakyat Malaysia yang berkelayakan menerima bantuan RM1,200 dalam Mykad bagi bulan April ini. Inisiatif penyaluran bantuan tunai ke dalam Mykad telah mendapat reaksi positif oleh penerima sebelum ini, justeru Kerajaan telah bersetuju untuk meneruskan pemberian bantuan ini kepada lebih ramai penerima.
Bagaimanakah check status penerima bantuan mykad rm1200 april? Ikuti penjelasan lebih lanjut di sini.
BACA JUGA : CHECK STATUS PENERIMA BANTUAN EWALLET B40 RM300 : SEMAK SEKARANG
KRITERIA KELAYAKAN PENERIMA BANTUAN MYKAD RM1200 APRIL 2024
Sekiranya pemohon memenuhi kriteri kelayakan yang ditetapkan seperti berikut akan dipertimbangkan oleh Kerajaan :
- Warganegara Malaysia;
- Had umur 21 tahun dan ke atas;
- Status berkahwin atau ibubapa tunggal;
- Pendapatan isi rumah di bawah RM2,500 sebulan;
- Beralamat dan menetap di negeri-negeri Semenanjung Malaysia;
- Berdaftar dengan e-Kasih sebagai penerima Miskin / Miskin Tegar; dan
- Lulus permohonan Sumbangan Tunai Rahmah.
TARIKH KREDIT BANTUAN MYKAD RM1200 APRIL 2024
Bagi bulan April ini, kerajaan telah mengumumkan tarikh pengkreditan bantuan adalah bermula pada 1 April 2024 (Isnin) secara berperingkat ke dalam Mykad penerima. Namun, pengkreditan bantuan bagi bulan April adalah sebanyak RM100 sahaja.
KAEDAH PENGGUNAAN BANTUAN MYKAD RM1200 2024
Penerima boleh menggunakan bantuan dalam Mykad mengikut kaedah seperti berikut :
- Penerima perlu mengunjungi kedai terpilih yang berdaftar dengan bantuan ini.
- Pilih barangan keperluan berdasarkan 13 kategori produk yang mempunyai label MyKasih di rak tanda harga.
- Tunjuk MyKad kepada juruwang untuk pengesahan penerima bantuan.
- Juruwang akan mengimbas setiap barang keperluan asas yang ingin dibeli mengikut kategori yang diluluskan.
- Bayar Menggunakan MyKad dan memasukkan nombor pin 6-digit untuk mengesahkan transaksi pembelian.
- Simpan resit untuk semakan baki.
*Nota : Pembelian selain barangan yang diluluskan atau pembelian melebihi baki semasa dalam MyKad perlu dibayar oleh penerima.
CHECK STATUS PENERIMA BANTUAN MYKAD RM1200 APRIL 2024
Ikuti cara check status penerima bantuan RM1,200 dalam Mykad bagi bulan April pada pautan di bawah berikut :
- Sila klik pautan rasmi check status di sini : https://app.mykasih.net/sara2/checkstatus.
- Anda akan dibawa ke bahagian ‘Semakan Status’.
- Masukkan Nombor Mykad anda dengan betul tanpa (-) Contoh : 83XXXXXXXXXX
- Tekan butang [Semak Status].
- Status penerima yang layak akan dipaparkan.
- Selesai.
RUJUKAN
Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi Bantuan dalam Mykad. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib seperti berikut :
- Talian Bantuan : (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900
- E-mel : [email protected]
PENAFIAN
Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak Kerajaan Malaysia dan juga Kerajaan Negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan dari : https://www.mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/.