SEMAKAN NAMA PENERIMA BANTUAN MYKAD RM100 SETIAP BULAN 2024 : CHECK SEKARANG
Lebih dari 700,000 rakyat Malaysia yang telah menerima bantuan tunai di dalam Mykad masing-masing yang bernilai RM100 dan telah digunakan untuk pembelian barangan keperluan asas di 600 kedai terpilih seluruh Malaysia. Justeru, bantuan ini masih diteruskan sehingga kini.
Bagaimanakah semakan nama penerima bantuan mykad rm100 setiap bulan? Ikuti penjelasan lebih lanjut di sini.
BACA JUGA : SEMAKAN NAMA PENERIMA BANTUAN TUNAI MYKASIH RM1200 : CHECK SEKARANG
JADUAL KREDIT BANTUAN MYKAD RM100 SETIAP BULAN 2024
Setiap bulan, Kerajaan akan mengkreditkan bantuan tunai RM100 ke dalam Mykad rakyat Malaysia yang layak mengikut jadual yang ditetapkan seperti berikut :
- 22/01/2024 (ISNIN) : RM100
- 01/02/2024 (KHAMIS) : RM100
- 01/03/2024 (JUMAAT) : RM100
- 01/04/2024 (ISNIN) : RM100
- 01/05/2024 (RABU) : RM100
- 01/06/2024 (SABTU) : RM100
- 01/07/2024 (ISNIN) : RM100
- 01/08/2024 (KHAMIS) : RM100
- 01/09/2024 (AHAD) : RM100
- 01/10/2024 (SELASA) : RM100
- 01/11/2024 (JUMAAT) : RM100
- 01/12/2024 (AHAD) : RM100
SENARAI MANFAAT BANTUAN MYKAD RM100 SETIAP BULAN 2024
Berikut merupakan senarai manfaat yang diterima daripada bantuan Mykad RM100 setiap bulan :
- Bantuan akan dikreditkan secara automatik setiap bulan ke dalam kad pengenalan penerima;
- Penerima boleh membeli barangan keperluan asas tanpa tunai (cashless) menggunakan kad pengenalan sahaja di kedai terpilih;
- Had pembelian sehingga RM1,200; dan
- Boleh digunakan sehingga 31 Disember 2024.
CARA MENGGUNAKAN BANTUAN MYKAD RM100 SETIAP BULAN 2024
Penerima boleh menggunakan bantuan dalam Mykad RM100 setiap bulan seperti berikut :
- Penerima perlu mengunjungi kedai terpilih yang berdaftar dengan bantuan ini (rujuk DI SINI).
- Pilih barangan keperluan berdasarkan 13 kategori produk yang mempunyai label MyKasih di rak tanda harga.
- Tunjuk MyKad kepada juruwang untuk pengesahan penerima bantuan.
- Juruwang akan mengimbas setiap barang keperluan asas yang ingin dibeli mengikut kategori yang diluluskan.
- Bayar Menggunakan MyKad dan memasukkan nombor pin 6-digit untuk mengesahkan transaksi pembelian.
- Simpan resit untuk semakan baki.
SEMAKAN NAMA PENERIMA BANTUAN MYKAD RM100 SETIAP BULAN 2024
Ikuti cara semakan penerima yang layak menerima bantuan RM100 setiap bulan dalam Mykad seperti berikut :
- Sila klik pautan laman rasmi semakan bantuan di sini :https://app.mykasih.net/sara2/checkstatushttps://app.mykasih.net/sara2/checkstatus.
- Anda akan dibawa ke bahagian ‘Semakan Status’.
- Kemudian, masukkan Nombor Mykad anda dengan betul tanpa (-) Contoh : 83XXXXXXXXXX
- Tekan butang [Semak Status].
- Status nama penerima yang layak akan dipaparkan.
- Selesai.
RUJUKAN
Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi Bantuan dalam Mykad (MySara). Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib seperti berikut :
- Talian Bantuan : (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900
- E-mel :[email protected]
PENAFIAN
Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak Kerajaan Malaysia dan juga Kerajaan Negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan dari :https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/faq/https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/faq/.