CARA MEMOHON AKAUN FLEKSIBEL KWSP 2024 : SEMAK KELAYAKAN SEKARANG
Akaun Fleksibel KWSP yang merupakan akaun 3 KWSP terdiri daripada 10% jumlah simpanan ahli. Akaun ini diperkenalkan adalah bertujuan untuk membantu ahli membuat pengeluaran kewangan jangka pendek (bila-bila masa pada waktu kecemasan dan keperluan mendesak) tertakluk kepada terma dan syarat oleh pihak KWSP.
Bagaimanakah cara memohon akaun fleksibel kwsp? Ikuti penjelasan lebih lanjut di sini.
BACA JUGA : SEMAKAN NAMA PENERIMA BANTUAN MYKAD RM600 : CHECK STATUS SEKARANG
APA ITU AKAUN FLEKSIBEL KWSP 2024
Akaun Fleksibel atau Akaun 3 KWSP adalah akaun baharu yang terdiri daripada 10% jumlah simpanan ahli. Akaun ini bertujuan untuk memenuhi keperluan kewangan jangka pendek ahli.
Simpanan Akaun Fleksibel boleh dikeluarkan oleh ahli pada bila-bila masa tertakluk kepada terma dan syarat yang ditetapkan oleh KWSP. Walau bagaimanapun, KWSP menggalakkan pengeluaran cuma digunakan pada waktu kecemasan dan untuk keperluan mendesak sahaja.
TARIKH AKAUN FLEKSIBEL KWSP 2024 DIKUAT KUASAKAN
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengumumkan inisiatif Penstrukturan Semula Akaun KWSP berkuat kuasa 11 Mei 2024 bagi tujuan menambah baik keselamatan pendapatan persaraan di samping memenuhi keperluan kitaran hidup ahli.
KADAR CARUMAN AKAUN FLEKSIBEL KWSP 2024
Akaun ahli akan distruktur semula daripada dua (2) akaun iaitu Akaun 1 dan Akaun 2 kepada tiga (3) akaun seperti berikut :
- Akaun Persaraan (75%) untuk mengumpul simpanan sebagai pendapatan semasa persaraan;
- Akaun Sejahtera (15%) untuk menangani keperluan kitaran hayat yang menyumbang kepada kesejahteraan semasa persaraan; dan
- Akaun Fleksibel (10%) sebagai akaun baharu untuk menyediakan fleksibiliti untuk keperluan kewangan jangka pendek. Simpanan dalam akaun ini boleh dikeluarkan pada bila-bila masa mengikut keperluan ahli.
SYARAT KELAYAKAN MEMOHON PENGELUARAN AKAUN FLEKSIBEL KWSP 2024
Berikut merupakan syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan untuk pemohon :
- Semua ahli KWSP Warganegara Malaysia dan Bukan Warganegara Malaysia
- Belum mencapai umur 55 tahun
- Mempunyai simpanan dalam Akaun Fleksibel; dan
- Had amaun pengeluaran minimum yang ditetapkan adalah RM50.
CARA MEMOHON AKAUN FLEKSIBEL KWSP 2024
Permohonan akaun fleksibel boleh dibuat melalui dua (2) kaedah iaitu :
- Permohonan secara online melalui : KWSP i-Akaun untuk proses yang lebih mudah dan pantas; atau
- Permohonan melalui Self Service Terminal (SST) di mana-mana pejabat KWSP bagi ahli yang menghadapi kesukaran akses KWSP i-Akaun.
RUJUKAN
Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi KWSP. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib seperti di sini : https://www.kwsp.gov.my/ms/korporat/hubungi-kami.
PENAFIAN
Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak Kerajaan Malaysia dan juga Kerajaan Negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan dari : https://www.mstar.com.my/lokal/semasa/2024/04/25/ketahui-syarat-cara-mohon-pindah-wang-kwsp-dari-akaun-2-ke-akaun-fleksibel-rancang-kewangan-dengan-bijak.