PERMOHONAN MYKASIH RM100 2024 : DAFTAR ONLINE SEKARANG

PERMOHONAN MYKASIH RM100 2024 : DAFTAR ONLINE SEKARANG

Khusus untuk membantu rakyat terutamanya golongan rentan (B40) dalam menghadapi cabaran kos sara hidup yang semakin tinggi saban hari, Kerajaan telah membuka permohonan bantuan Mykasih kepada rakyat yang memenuhi kelayakan yang ditetapkan.

Bagaimanakah permohonan mykasih rm100? Ikuti penjelasan lebih lanjut di sini.

BACA JUGA : BANTUAN RM100 SETIAP BULAN DALAM MYKAD : SEMAK NAMA PENERIMA

KELAYAKAN PERMOHONAN MYKASIH 2024

Pemohon yang ingin memohon, perlu memenuhi kelayakan yang ditetapkan seperti berikut :

  • Pemohon mestilah Warganegara Malaysia;
  • Menetap di mana-mana negeri di Semenanjung Malaysia;
  • Pendapatan tidak melebihi RM2,500 sebulan;
  • Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2024 kategori Isi Rumah, Bujang dan Warga Emas Tiada Pasangan; dan
  • Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar / Miskin eKasih dalam rekod data eKasih.

TARIKH & KAEDAH PELAKSANAAN MYKASIH RM100 2024

Pelaksanaan bantuan Mykasih yang bernilai RM100 adalah mengikut tarikh serta kaedah seperti berikut :

  • Tarikh Pelaksanaan Mykasih RM100 2024 :
PERKARATARIKH
Pelaksanaan Mykasih RM100Bermula pada :
22 Januari 2024
(Setiap bulan)
sehingga pada :
1 Disember 2024
  • Kaedah Pelaksanaan Mykasih RM100 2024 :
PERKARAKAEDAH
Pelaksanaan Mykasih RM100Dikreditkan secara ansur setiap bulan
melalui akaun yang diaktifkan
dalam Kad pengenalan penerima.

PERMOHONAN MYKASIH RM100 2024

Menurut portal rasmi Mykasih, pemohon hanya perlu membuat permohonan Sumbangan Tunai Rahmah dan mendaftar dengan eKasih seperti berikut :

  • Cara Permohonan Sumbangan Tunai Rahmah :
  1. Sila layari portal rasmi Sumbangan Tunai Rahmah (STR).
  2. Kemudian, klik butang [Permohonan Baharu] bagi membuat Permohonan Baharu.
  3. Lengkapkan Maklumat Pemohon.
  4. Klik butang [TERUSKAN] setelah semua maklumat diisi dengan lengkap.
  5. Seterusnya isi Kod Captcha seperti yang dipaparkan pada menu Pengesahan dan klik butang [Sahkan Captcha].
  6. Kemudian paparan Perakuan Pemohon akan dipaparkan. Sila pastikan maklumat yang dipaparkan tepat kemudian Tick [/] butang berikut.
  7. Klik butang [Hantar] bagi meneruskan permohonan.
  8. Setelah permohonan berjaya dihantar, anda akan dipaparkan ‘Permohonan telah berjaya dihantar’.
  9. Pemohon boleh klik butang [Cetak] jika ingin membuat Cetakan Salinan permohonan.
  10. Selesai.
  • Cara Pendaftar eKasih :
  1. Individu yang ingin mendaftar perlulah menghadirkan diri ke salah satu tempat berikut :
    • Pejabat Pembangunan Negeri (PPN);
    • Pejabat Daerah yang berhampiran; atau
  2. Menerusi telefon di talian :
    • PPN Perlis : 04-9731976
    • PPN Kedah : 04-7209236
    • PPN P.Pinang : 04-2185700
    • PPN Perak : 05-2497400
    • PPN Selangor : 03-55213600
    • PPN W.Persekutuan : 03-40420260 / 61
    • PPN N.Sembilan : 06-7659945
    • PPN Melaka : 06-3333333
    • PPN Johor : 07-2234777
    • PPN Pahang : 09-5178208
    • PPN Terengganu : 09-6272000
    • PPN Kelantan : 09-7455000
    • PPN Sarawak : 082-446582
    • PPN Sabah : 088-484800

RUJUKAN

Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada portal rasmi MyKasih. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib seperti berikut :

PENAFIAN

Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak kerajaan malaysia dan juga kerajaan negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan dari : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/faq/.

Leave a Comment