SEMAKAN STATUS MYKASIH RM100 SETIAP BULAN 2024 : CHECK NAMA PENERIMA
Keprihatinan Kerajaan terhadap rakyat dapat dilihat daripada kepelbagaian sumbangan bantuan yang diperuntukan dan disalurkan demi menjaga serta meringankan bebanan hidup rakyat. Bantuan Mykasih adalah merupakan salah satu inisiatif sumbangan untuk kesenangan rakyat yang disalurkan setiap bulan.
Bagaimanakah semakan status mykasih rm100 setiap bulan? Ikuti penjelasan lebih lanjut di sini.
BACA JUGA : PERMOHONAN MYKASIH RM100 : DAFTAR ONLINE SEKARANG
PROSES PENERIMAAN BANTUAN MYKASIH RM100 SETIAP BULAN 2024
Berikut merupakan proses penerimaan bantuan Mykasih bernilai RM100 setiap bulan :
- Setelah penerima yang beralamat di Semenanjung Malaysia diluluskan dan didaftarkan ke Mykasih, akaun akan dibuka berdasarkan Nombor Kad Pengenalan penerima dalam sistem MyKasih yang mana elaun perbelanjaan akan disimpan.
- Penerima akan menerima elaun bulanan sebanyak RM100 / RM50 selama 12 bulan melalui Kad Pengenalan untuk membeli barang keperluan asas terpilih.
- Pasar raya / Kedai runcit yang mengambil bahagian dalam program pembelian tanpa tunai ini akan mempunyai infrastruktur sistem pembayaran MyKasih di dalam premis mereka di mana penerima dapat membuat pembayaran menggunakan Kad Pengenalan.
SISTEM PEMAKLUMAN STATUS PENERIMA MYKASIH RM100 SETIAP BULAN 2024
Penerima yang disahkan layak akan menerima makluman daripada Mykasih mengikut sistem seperti berikut :
- Surat :
- Sesetengah penerima yang layak akan menerima surat pemakluman mengikut alamat yang didaftarkan; atau
- Sistem SMS :
- Sistem Pesanan Ringkas / aplikasi WhatsApp (SMS) akan dihantar mengikut nombor telefon yang didaftarkan mengesahkan status mereka sebagai penerima di bawah program ini.
- Semakan terus melalui portal rasmi :
- Sekiranya tiada apa-apa pemakluman yang diterima, pemohon boleh membuat semakan status di portal rasmi bantuan : https://app.mykasih.net/sara2/checkstatus.
SEMAKAN STATUS MYKASIH RM100 SETIAP BULAN 2024
Ikuti cara semakan status di portal rasmi Mykasih seperti berikut :
- Sila layari portal rasmi Mykasih.
- Pada laman utama portal MyKasih, sila klik pada [SEMAK STATUS].
- Anda akan dibawa ke bahagian ‘Semakan Status’.
- Masukkan Nombor Mykad anda dengan betul tanpa (-) Contoh : 83XXXXXXXXXX
- Seterunya, masukkan Kod Captcha yang betul berdasarkan imej yang diberikan.
- Tekan butang [Semak Status].
- Status penerima akan dipaparkan.
- Selesai.
RUJUKAN
Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi MyKasih. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib seperti berikut :
- Talian Bantuan : (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900
- E-mel :[email protected]
PENAFIAN
Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak Kerajaan Malaysia dan juga Kerajaan Negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan dari : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/faq/.