CARA MEMOHON BANTUAN MYKASIH RM1200 TERBARU 2024 : SEMAK KELAYAKAN SEKARANG
Lebihan daripada penjimatan subsidi bersasar yang dilaksanakan oleh Kerajaan baru-baru ini dapat disalurkan kepada rakyat melalui pelbagai bantuan dan antaranya adalah Bantuan Mykasih dengan nilai RM1,200 untuk setiap penerima yang berkelayakan.
Bagaimanakah cara memohon bantuan mykasih rm1200 terbaru? Ikuti penjelasan lebih lanjut di sini.
BACA JUGA : SEMAKAN NAMA PENERIMA BANTUAN MYKASIH RM100 SETIAP BULAN TERBARU : CHECK SEKARANG
HAD PERUNTUKAN BANTUAN MYKASIH TERBARU 2024
Menurut daripada Belanjawan yang dibentangkan oleh Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim bahawa terdapat peruntukan untuk disalurkan melalui bantuan Mykasih dan peruntukan telah dinaikkan serta diperluaskan kepada penerima yang baru.
Setiap penerima yang layak akan menerima bantuan Mykasih sebanyak RM1,200 berbanding tahun lepas hanya RM600 sahaja dan jumlah penerima terbaru juga telah dinaikkan sehingga lima kali ganda berbanding tahun sebelum ini.
SENARAI MANFAAT MEMOHON BANTUAN MYKASIH TERBARU 2024
Berikut merupakan senarai manfaat daripada bantuan Mykasih mengikut negeri penerima :
- Senarai manfaat bantuan Mykasih penerima di Semenanjung Malaysia :
- Dikreditkan setiap bulan secara automatik melalui Kad Pengenalan;
- Khas untuk pembelian barangan 13 jenis keperluan asas tanpa tunai;
- Had pembelian RM1,200 setahun; dan
- Sah digunakan sehingga 31 Disember 2024.
- Senarai manfaat bantuan Mykasih di Sabah dan Sarawak :
- Dikreditkan dua kali setahun;
- Pengreditan adalah secara tunai ke dalam akaun bank penerima;
- Boleh digunakan untuk apa sahaja transaksi; dan
- Tiada had pengeluaran tunai.
SYARAT KELAYAKAN MEMOHON BANTUAN MYKASIH RM1200 TERBARU 2024
Untuk memohon bantuan Mykasih, mestilah memenuhi syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan seperti berikut :
- Warganegara Malaysia;
- Menetap di seluruh Malaysia (termasuk Sabah dan Sarawak);
- Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2024 kategori Isi Rumah dan Warga Emas Tiada Pasangan; dan
- Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar / Miskin eKasih dalam rekod data eKasih di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU, JPM).
*Sekiranya pemohon memenuhi syarat-syarat kelayakan yang dinyatakan di atas, permohonan akan dipertimbangkan oleh Kerajaan.
CARA MEMOHON BANTUAN MYKASIH RM1200 TERBARU 2024
Menurut portal rasmi Mykasih, pemohon hanya perlu membuat permohonan Sumbangan Tunai Rahmah dan mendaftar dengan eKasih seperti berikut :
- Cara Memohon :
- Sila layari portal rasmi di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
- Kemudian, klik butang [Permohonan Baharu] bagi membuat Permohonan Baharu.
- Lengkapkan Maklumat Pemohon.
- Klik butang [TERUSKAN] setelah semua maklumat diisi dengan lengkap.
- Seterusnya isi Kod Captcha seperti yang dipaparkan pada menu Pengesahan dan klik butang [Sahkan Captcha].
- Kemudian paparan Perakuan Pemohon akan dipaparkan. Sila pastikan maklumat yang dipaparkan tepat kemudian Tick [/] butang berikut.
- Klik butang [Hantar] bagi meneruskan permohonan.
- Setelah permohonan berjaya dihantar, anda akan dipaparkan ‘Permohonan telah berjaya dihantar’.
- Pemohon boleh klik butang [Cetak] jika ingin membuat Cetakan Salinan permohonan.
- Selesai.
- Cara Daftar :
- Individu yang ingin mendaftar perlulah menghadirkan diri ke salah satu tempat berikut :
- Pejabat Pembangunan Negeri (PPN);
- Pejabat Daerah yang berhampiran; atau
- Menerusi telefon di talian eKasih (mengikut negeri pemohon).
RUJUKAN
Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi Mykasih, eKasih dan STR. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib seperti berikut :
- Talian Pentanyaan Bantuan : (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900
- E-mel :[email protected]
PENAFIAN
Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak Kerajaan Malaysia dan juga Kerajaan Negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan Portal Rasmi dari : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/ dan http://belanjawan.mof.gov.my/ms/.