TERKINI BANTUAN MYKAD RM600 2024 : SEMAK SEKARANG
Keperluan Kerajaan dalam melancarkan dan melaksanakan setiap bantuan yang berlainan adalah untuk membantu mengangkat taraf ekonomi rakyat terutamanya yang berpendapatan rendah dan mudah terjejas dek ekonomi yang semakin tinggi kini. Oleh itu, pelbagai bantuan disalurkan termasuk bantuan dalam Mykad bernilai RM600.
Bagaimanakah semakan terkini bantuan mykad rm600? Ikuti penjelasan lebih lanjut di sini.
BACA JUGA : SEMAKAN STATUS KELAYAKAN PENERIMA BANTUAN MYKASIH RM100 SETIAP BULAN : CHECK SEKARANG
KAEDAH PENGKREDITAN BANTUAN MYKAD RM600 2024
Pengkreditan bantuan yang bernilai RM600 terbahagi kepada tiga (3) kaedah iaitu :
- Melalui Mykad yang diaktifkan oleh penerima di Semenanjung Malaysia; atau
- Melalui akaun bank penerima atau pasangan yang didaftarkan; atau
- Secara tunai di kaunter cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN).
HAD PENGKREDITAN TERKINI BANTUAN MYKAD 2024
Bantuan yang bernilai RM600 ini akan dikreditkan mengikut had yang ditetapkan setiap kaedah pengkreditan sepanjang tahun seperti berikut :
BIL. | KAEDAH KREDIT BANTUAN | HAD PENGKREDITAN |
---|---|---|
1. | Melalui Mykad penerima | RM100 setiap bulan (Januari hingga Disember) |
2. | Melalui akaun bank penerima | RM300 dua kali setahun (Februari dan Ogos) |
3. | Secara tunai di kaunter BSN | RM300 dua kali setahun (Februari dan Ogos) |
KELAYAKAN PENERIMA BANTUAN MYKAD RM600 2024
Berikut merupakan kelayakan penerima bantuan yang bernilai RM600 dalam Mykad yang telah ditetapkan oleh Kerajaan :
- Warganegara Malaysia;
- Had umur 21 tahun dan ke atas;
- Status Bujang / Bujang OKU / Balu / Duda / Janda yang tiada anak;
- Bukan pelajar sepenuh masa di IPTA / IPTS;
- Pendapatan individu tidak melebihi RM2,500 sebulan;
- Berdaftar dengan eKasih sebagai penerima Miskin / Miskin Tegar; dan
- Lulus Permohonan Sumbangan Tunai Rahmah sebagai Kategori Bujang.
SEMAKAN TERKINI BANTUAN MYKAD RM600 2024
Ikuti cara semakan penerima bantuan dalam Mykad RM600 seperti berikut :
- Sila klik pada pautan rasmi semakan di sini : https://app.mykasih.net/sara2/checkstatus.
- Masukkan Nombor Kad pengenalan anda dengan betul tanpa (-) Contoh : 83XXXXXXXXXX
- Seterunya, masukkan Kod Captcha yang betul berdasarkan imej yang diberikan.
- Kemudian, klik pada butang [Semak Status].
- Status penerima terkini yang layak akan dipaparkan.
- Selesai.
RUJUKAN
Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi SARA (Bantuan dalam Mykad). Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib seperti berikut :
- Talian Bantuan : (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900
- E-mel :[email protected]
PENAFIAN
Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak Kerajaan Malaysia dan juga Kerajaan Negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan Portal Rasmi dari : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/.