SEMAKAN STATUS PENGELUARAN KWSP 2024 : CHECK SEKARANG
Sejak penstrukturan semula akaun KWSP kepada tiga (3) akaun untuk pengeluaran jangka pendek ahli, telah ramai yang mula membuat pengeluaran bagi kegunaan peribadi. Namun masih ramai yang dalam proses semakan.
Bagaimanakah semakan status pengeluaran kwsp? Ikuti penjelasan lebih lanjut di sini.
BACA JUGA : CARA PENGIRAAN KWSP AKAUN 3 : SEMAK SEKARANG
PENGENALAN AKAUN KWSP 2024
KWSP kini memperkenalkan tiga (3) baharu iaitu :
- Akaun Persaraan: Sebelum ini dikenali sebagai Akaun 1, adalah untuk simpanan hari persaraan.
- Akaun Sejahtera: Sebelum ini dikenali sebagai Akaun 2, adalah untuk keperluan kitaran hayat semasa persaraan.
- Akaun Fleksibel: Memberikan anda fleksibiliti untuk membuat pengeluaran pada bila-bila masa untuk keperluan kewangan jangka pendek.
KELAYAKAN PENGELUARAN KWSP 2024
Setiap akaun mempunyai kelayakan untuk pengeluaran seperti berikut :
- Akaun1 (Persaraan) :
- Mencecah umur persaraan pada 55 hingga 60 tahun;
- Bekerja berpencen / persara pilihan;
- Hilang upaya;
- Tidak lagi bekerja;
- Mempunyai simpanan KWSP akaun 1.
- Akaun2 (Sejahtera) :
- Berumur antara 50 hingga 55 tahun;
- Amaun minimum simpanan dalam akaun 2 adalah RM3,000;
- Pengeluaran tidak melebihi RM50,000; dan
- Untuk kegunaan yang dibenarkan sahaja.
- Akaun3 (Fleksibel) :
- Berumur 18 hingga 54 tahun;
- Mempunyai simpanan dalam akaun 3;
- Had minimum pengeluaran RM50.
JUMLAH DILULUSKAN PENGELUARAN KWSP 2024
KWSP telah menetapkan had untuk pengeluaran wang simpanan akaun 3 adalah dengan nilai minimum RM50 dan nilai maksimum adalah RM250 sehari. Namun, sekiranya ahli ingin mengeluarkan lebih dari had maksimum, ahli perlu melakukan e-KYC untuk proses kelulusan.
SEMAKAN STATUS PENGELUARAN KWSP 2024
Setelah membuat permohonan, ahli boleh membuat semakan status pengeluaran seperti berikut :
- Sila log masuk i-Akaun KWSP anda.
- Kemudian, pada halaman utama tersebut, klik pada [Keluarkan Simpanan Anda].
- Seterusnya, klik pada jenis pengeluaran [Akaun Fleksibel].
- Sekiranya anda telah membuat permohonan pengeluaran, status anda dipaparkan.
- Selesai.
RUJUKAN
Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi KWSP. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib di pautan ini : https://www.kwsp.gov.my/ms/korporat/hubungi-kami.
PENAFIAN
Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak Kerajaan Malaysia dan juga Kerajaan Negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan Portal Rasmi dari : https://www.kwsp.gov.my/ms/penstrukturan-akaun.