SEMAKAN NAMA PENERIMA BANTUAN RM600 MYSARA 2024 : CHECK SEKARANG

SEMAKAN NAMA PENERIMA BANTUAN RM600 MYSARA 2024 : CHECK SEKARANG

Sebahagian daripada nilai tertinggi bantuan MySARA RM1,200 iaitu RM600 adalah khas untuk golongan bujang yang berpendapatan rendah. Dengan nilai bantuan ini dapat sedikit sebanyak membantu golongan bujang untuk menambah keperluan dan meringakan bebanan yang dihadapi.

Bagaimanakah semakan nama penerima bantuan rm600 mysara? Ikuti penjelasan lebih lanjut di sini.

BACA JUGA : SEMAKAN NAMA PENERIMA BANTUAN RM1200 MYSARA : CHECK SEKARANG

KELAYAKAN PENERIMA BANTUAN RM600 MYSARA 2024

Penyaluran bantuan MySARA yang bernilai RM600 adalah terhad untuk yang memenuhi kelayakan seperti berikut :

  • Warganegara Malaysia;
  • Had umur 21 hingga 59 tahun;
  • Pendapatan penerima bawah RM2,500 sebulan;
  • Merupakan individu bujang belum berkahwin atau balu / duda / janda yang tidak mempunyai anak;
  • Bukan pelajar sepenuh masa IPTA / IPTS;
  • Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2024 kategori Bujang; dan
  • Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar / Miskin eKasih dalam rekod data eKasih.

JADUAL BAYARAN BANTUAN RM600 MYSARA 2024

Pembayaran bagi bantuan MySARA yang bernilai RM600 dibahagi kepada dua (2) jadual, iaitu :

  • Penerima di Sabah dan Sarawak :
TARIKH BAYARAN BANTUANJUMLAH
19/02/2024 (bayaran fasa pertama)RM300
12/08/2024 (bayaran fasa kedua)RM300
*Bayaran bernilai RM600 bagi penerima di atas adalah selama dua kali setahun dengan nilai RM300 sekali bayaran.
  • Penerima di Semenanjung Malaysia :
TARIKH BAYARAN BANTUANJUMLAH
22/01/2024 hingga 01/05/2024RM50 setiap bulan
01/06/2024 hingga 01/12/2024RM50 setiap bulan
*Bayaran yang bernilai RM600 bagi penerima di Semenanjung Malaysia adalah secara ansur setiap bulan sebanyak RM50 sebulan.

PROSES BAYARAN BANTUAN RM600 MYSARA 2024

Pembayaran bantuan MySARA yang bernilai RM600 juga sama melalui tiga (3) proses, iaitu :

  1. Bayaran secara tunai melalui akaun bank penerima / pasangan; atau
  2. Bayaran secara tunai di kaunter Bank Simpanan Nasional; atau
  3. Bayaran secara tanpa tunai di dalam akaun nombor kad pengenalan penerima.

*Nota : Proses bayaran juga ditentukan oleh penerima setiap negeri.

SEMAKAN NAMA PENERIMA BANTUAN RM600 MYSARA 2024

Ikuti cara semakan nama penerima yang layak menerima bantuan MySARA bernilai RM600 seperti berikut :

PERKARAPAUTAN
Semakan Penerima
Bantuan MySARA RM600
https://semakan.mysara.com.my/
  1. Untuk semakan, sila klik pada pautan di atas.
  2. Seterusnya pada halaman utama tersebut, sila klik pada [SEMAK STATUS].
  3. Masukkan Nombor Kad pengenalan pemohon dengan betul tanpa (-) Contoh : 83XXXXXXXXXX.
  4. Kemudian, klik pada butang [Semak Status].
  5. Status penerima akan dipaparkan.
  6. Selesai.

RUJUKAN

Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi MySARA. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib di bawah :

  • Talian Bantuan MySARA : (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900

PENAFIAN

Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak Kerajaan Malaysia dan juga Kerajaan Negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan Portal Rasmi dari : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/faq/.

Leave a Comment