SEMAKAN BAYARAN BANTUAN STR FASA 3 2024 : CHECK STATUS
Pembayaran bantuan STR adalah secara berperingkat mengikut empat fasa yang telah ditetapkan. Bayaran bagi fasa pertama dan kedua telah selesai dibayar kepada 8.4 juta rakyat yang telah lulus permohonan. Dianggarkan bayaran STR bagi fasa ketiga akan terus meningkat kepada lebih ramai penerima.
Bagaimanakah semakan bayaran bantuan str fasa 3? Ikuti penjelasan lebih lanjut di sini.
BACA JUGA : PERMOHONAN BANTUAN BUDI : DAFTAR ONLINE
JADUAL KELULUSAN BAYARAN BANTUAN STR 2024
Berikut merupakan jadual kelulusan bayaran bantuan STR mengikut tarikh permohonan dan fasa bayaran :
TARIKH PERMOHONAN | KELULUSAN FASA |
---|---|
01/11/2023 hingga 30/11/2023 | 1, 2, 3 dan 4 |
01/12/2023 hingga 29/02/2024 | 2, 3 dan 4 |
01/03/2024 hingga 30/06/2024 | 3 dan 4 |
01/07/2024 hingga 30/09/2024 | 4 |
TARIKH BAYARAN BANTUAN STR FASA 3 2024
Bayaran bantuan STR bagi fasa ketiga adalah mengikut tarikh seperti berikut :
PERKARA | TARIKH |
---|---|
Bayaran bantuan STR Fasa 3 | Awal bulan Ogos 2024 |
JUMLAH BAYARAN BANTUAN STR FASA 3 2024
Setiap kategori akan menerima jumlah bayaran yang berbeza seperti berikut :
KATEGORI PENERIMA | JUMLAH STR 2024 | BAYARAN FASA 1 | BAYARAN FASA 2 | BAYARAN FASA 3 |
---|---|---|---|---|
ISI RUMAH <RM2,500 | RM1,000 hingga RM2,500 | RM500 | RM150 hingga RM650 | RM*** |
ISI RUMAH RM2,501 – RM5,000 | RM500 hingga RM1,250 | RM150 hingga RM300 | RM150 hingga RM300 | RM*** |
WARGA EMAS | RM600 | RM150 | RM150 | RM*** |
BUJANG | RM350 | RM100 | RM100 | RM*** |
SEMAKAN BAYARAN BANTUAN STR FASA 3 2024
Ikuti cara semakan bayaran bantuan STR fasa ketiga di portal rasmi MySTR seperti berikut :
- Sila layari laman rasmi semakan MySTR LHDNM di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
- Pada halaman utama, sila masukkan nombor Mykad pemohon pada ruangan MySTR tanpa (-) contoh : 83XXXXXXXXXX.
- Klik butang [Log Masuk].
- Seterusnya, klik [Semak].
- Tekan [Ya] sekiranya frasa keselamatan pemohon yang dipaparkan adalah betul.
- Masukkan kata laluan yang betul.
- Klik butang [Log Masuk].
- Kemudian, klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
- Status bayaran penerima akan dipaparkan.
- Selesai.
RUJUKAN
Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi MySTR LHDNM. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib di bawah :
- Hotline STR HASiL : 1-800-88-2747
- Hotline STR MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
- E-mel :[email protected]
PENAFIAN
Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak Kerajaan Malaysia dan juga Kerajaan Negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan Portal Rasmi dari : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.