SEMAKAN STATUS PENERIMA BANTUAN RM300 SETIAP BULAN 2024 : CHECK SEKARANG

SEMAKAN STATUS PENERIMA BANTUAN RM300 SETIAP BULAN 2024 : CHECK SEKARANG

Manfaat bantuan tunai yang disalurkan sebanyak RM300 setiap bulan telah bermula sejak 2019 dan ia masih diteruskan lagi pada tahun ini dengan peruntukan setiap tahun sebanyak RM108 juta khas kepada 30 ribu penerima yang berlainan terpilih setiap tahun.

Bagaimanakah semakan status penerima bantuan rm300 setiap bulan? Ikuti penjelasan lebih lanjut di sini.

BACA JUGA : SEMAKAN STATUS PENERIMA BANTUAN TUNAI RAHMAH TERBARU RM100 SETIAP BULAN : CHECK SEKARANG

APA ITU BANTUAN RM300 SETIAP BULAN

Bantuan yang disalurkan sebanyak RM300 setiap bulan adalah diperkenalkan oleh Kerajaan negeri Selangor sebagai Bantuan Kehidupan Sejahtera (BINGKAS). Ia disalurkan bagi memenuhi kelengkapan keperluan setiap bulan khusus kepada yang berpendapatan rendah demi memiliki kehidupan yang lebih baik.

KADAR PENERIMAAN BANTUAN SETIAP BULAN 2024

Bermula pada Jun lepas, bantuan kewangan yang dikreditkan adalah sebanyak RM300 setiap bulan dan baki yang tidak habis digunakan akan dibawa ke hadapan bulan seterusnya, akan tetapi had kredit bantuan adalah sehingga RM600 sahaja sekiranya tidak digunakan.

PROSES PELAKSANAAN BANTUAN RM300 SETIAP BULAN 2024

Berikut merupakan proses pelaksanaan bantuan bernilai RM300 yang disalurkan kepada penerima setiap bulan :

  1. Pemohon hendaklah membuat permohonan di portal rasmi secara online;
  2. Setelah diluluskan, pemohon hendaklah memuat turun aplikasi SELANGKAH;
  3. Kerajaan akan mengkreditkan bantuan sebanyak RM300 setiap bulan ke dalam aplikasi tersebut;
  4. Seterusnya, penerima perlu menggunakan bantuan ini setiap bulan di mana-mana kedai terpilih;
  5. Penggunaan bantuan adalah secara tanpa tunai (cashless) melalui kod QR dalam aplikasi tersebut.

STATUS KELAYAKAN PENERIMA BANTUAN RM300 SETIAP BULAN 2024

Penerima bantuan yang bernilai RM300 setiap bulan adalah dipilih mengikut kriteria kelayakan seperti berikut :

  • Warganegara Malaysia;
  • Pendapatan isi rumah tidak melebihi RM3,000 sebulan;
  • Merupakan ketua keluarga; serta
  • Mempunyai tanggungan berumur 18 tahun dan ke bawah;
  • Lahir di negeri Selangor atau telah menetap melebihi 10 tahun; dan
  • Merupakan pemilih berdaftar.

SEMAKAN STATUS PENERIMA BANTUAN RM300 SETIAP BULAN 2024

Bagaimanapun, untuk mengetahui status kelayakan penerima haruslah disemak melalui laman rasmi seperti berikut :

  1. Sila layari laman rasmi semakan di sini : https://www.bingkasselangor.com/.
  2. Pada halaman utama portal, sila klik pada [Log Masuk].
  3. Masukkan Nombor Telefon anda yang telah berdaftar dengan aplikasi e-Dompet.
  4. Masukkan juga kata laluan anda yang betul.
  5. Pergi ke bahagian semakan.
  6. Status penerima yang layak akan dipaparkan.
  7. Selesai.

RUJUKAN

Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi BINGKAS. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib di bawah :

  • Talian hotline : 1-800-22-6600

PENAFIAN

Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak Kerajaan Malaysia dan juga Kerajaan Negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan Portal Rasmi dari : https://www.bingkasselangor.com/.

Leave a Comment