SEMAKAN NAMA PENERIMA BANTUAN TUNAI 1200 MYKAD 2024 : CHECK SEKARANG

SEMAKAN NAMA PENERIMA BANTUAN TUNAI 1200 MYKAD 2024 : CHECK SEKARANG

Pertambahan peruntukan bantuan tunai yang dikreditkan ke dalam Mykad adalah sebanyak RM700 juta dan setiap penerima akan menerima bantuan sebanyak RM1,200 berbanding sebelum ini penerima hanya menerima RM600 sahaja.

Bagaimanakah semakan nama penerima bantuan tunai 1200 mykad? Ikuti penjelasan lebih lanjut di sini.

BACA JUGA : BORANG PERMOHONAN EKASIH TERBARU : MOHON SEKARANG

APA ITU BANTUAN TUNAI MYKAD 2024

Ia adalah merupakan bantuan tunai yang dikreditkan menerusi MyKad (Kad Pengenalan) penerima. Namun, penerima hanya boleh menggunakan bantuan ini secara tanpa tunai (cashless) sahaja menggunakan MyKad untuk pembelian sama seperti menggunakan kad bank untuk pembayaran.BARANGAN BANTUAN TUNAI 1200 MYKAD 2024

BAGAIMANAKAH CARA MENERIMA BANTUAN TUNAI 1200 MYKAD 2024

Setelah penerima daripada alamat Semenanjung Malaysia diluluskan dan didaftarkan, akaun akan dibuka berdasarkan MyKad penerima dalam sistem di mana elaun perbelanjaan akan disimpan. Penerima akan menerima elaun bulanan selama 12 bulan melalui MyKad untuk membeli barang keperluan asas terpilih.

APAKAH BARANGAN YANG BOLEH MENGGUNAKAN BANTUAN TUNAI 1200 MYKAD 2024

Penerima bantuan boleh membeli barangan berikut dengen menggunakan bantuan dalam Mykad :

  1. Beras.
  2. Roti.
  3. Telur.
  4. Minyak masak.
  5. Tepung.
  6. Biskut.
  7. Mi segera.
  8. Minuman.
  9. Makanan dalam tin.
  10. Bahan perasa.
  11. Produk kebersihan.
  12. Ubat-ubatan.
  13. Barangan persekolahan.

*Nota : Sekiranya pembelian melebihi baki dalam Mykad atau selain daripada senarai barangan di atas, penerima perlu membayarnya secara tunai.

BILAKAH PENGGUNAAN AKHIR BANTUAN TUNAI 1200 MYKAD 2024

Bantuan tunai yang dikreditkan ke dalam MyKad penerima boleh digunakan setiap bulan kerana elaun yang tidak habis digunakan pada bulan terdahulu akan dibawa ke bulan seterusnya dan sah digunakan sehingga 31 Disember 2024 dan selepas dari tarikh tersebut akan luput secara automatik.

SEMAKAN NAMA PENERIMA BANTUAN TUNAI 1200 MYKAD 2024

Untuk mengetahui nama penerima yang layak menerima bantuan tunai RM1,200 dalam Mykad, perlu disemak melalui pautan rasmi berikut :

  1. Sila layari laman semakan rasmi di sini : https://app.mykasih.net/sara2/checkstatus.
  2. Pada laman semakan tersebut, masukkan nombor Mykad pemohon pada ruangan yang disediakan.
  3. Kemudian, klik pada butang [Semakan Status].
  4. Status penerima yang layak akan dipaparkan.
  5. Selesai.

RUJUKAN

Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi SARA. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib di bawah :

  • Talian bantuan : (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900

PENAFIAN

Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak Kerajaan Malaysia dan juga Kerajaan Negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan Portal Rasmi dari : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/.

Leave a Comment