BANTUAN MYKASIH TERBARU RM100 SETIAP BULAN 2024 : SEMAK SEKARANG

BANTUAN MYKASIH TERBARU RM100 SETIAP BULAN 2024 : SEMAK SEKARANG

Program bantuan MyKasih masih diteruskan dan diperbaharui setiap bulan. Seiring dengan peningkatan keperluan sara hidup, Kerajaan ingin rakyat yang berpendapatan rendah terus mendapat bantuan kewangan tambahan melalui MyKasih untuk seimbangkan dengan taraf ekonomi rakyat.

Bagaimanakah semakan bantuan mykasih terbaru rm100 setiap bulan? Ikuti penjelasan lebih lanjut di sini.

BACA JUGA : SEMAK STATUS BANTUAN TUNAI RM100 SETIAP BULAN : CHECK SEKARANG

BILAKAH TARIKH BAYARAN BANTUAN MYKASIH TERBARU 2024

Tarikh bayaran bantuan MyKasih yang terbaru adalah seperti berikut :

TARIKH BBAYARANJUMLAH BANTUAN
Secara Berperingkat
bermula 01.06.2024 (Sabtu)
RM50 / RM100

SIAPAKAH KATEGORI YANG LAYAK MENERIMA BANTUAN MYKASIH TERBARU 2024

Terdapat tiga (2) kategori yang layak menerima bantuan MyKasih yang terbaru iaitu :

KATEGORI PENERIMAJUMLAH BANTUANKELAYAKAN
ISI RUMAHRM100MISKIN & MISKIN TEGAR
WARGA EMASRM100MISKIN & MISKIN TEGAR
BUJANGRM50MISKIN & MISKIN TEGAR

BAGAIMANAKAH PENERIMAAN BANTUAN MYKASIH TERBARU RM100 SETIAP BULAN

Setelah penerima daripada alamat Semenanjung Malaysia diluluskan dan didaftarkan MyKasih, akaun akan dibuka berdasarkan nombor kad pengenalan penerima dalam sistem MyKasih di mana elaun perbelanjaan akan disimpan. Penerima akan menerima elaun bulanan sebanyak RM100 untuk membeli barang keperluan asas terpilih.

APAKAH SYARAT KELULUSAN PENERIMA BANTUAN MYKASIH TERBARU RM100 SETIAP BULAN

Hanya penerima yang menepati syarat-syarat yang ditetapkan seperti berikut :

  • Warganegara Malaysia;
  • Menetap di Semenanjung Malaysia;
  • Berumur 21 tahun dan ke atas;
  • Pendapatan RM0 hingga RM2,500 sahaja;
  • Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2024 kategori Bujang, Isi Rumah dan Warga Emas Tiada Pasangan; dan
  • Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar / Miskin eKasih dalam rekod data eKasih di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU, JPM) sehingga 31 Oktober 2023.

SEMAKAN BANTUAN MYKASIH TERBARU RM100 SETIAP BULAN 2024

Untuk mengetahui status kelayakan, ikuti cara semakan di portal rasmi MyKasih seperti berikut :

  1. Sila layari portal rasmi MyKasih di sini : https://mykasih.com.my/.
  2. Pada halaman utama tersebut, sila klik pada [SEMAK STATUS].
  3. Masukkan Nombor Kad pengenalan pemohon dengan betul tanpa (-) Contoh : 83XXXXXXXXXX
  4. Seterunya, masukkan Kod Captcha yang betul berdasarkan imej yang diberikan.
  5. Kemudian, klik pada butang [Semak Status].
  6. Status penerima akan dipaparkan.
  7. Selesai.

RUJUKAN

Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi MyKASIH. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib di bawah :

PENAFIAN

Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak Kerajaan Malaysia dan juga Kerajaan Negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan Portal Rasmi dari : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/faq/.

Leave a Comment