SEMAKAN NAMA PENERIMA BANTUAN MYKAD RM150 2024 : CHECK STATUS SEKARANG

SEMAKAN NAMA PENERIMA BANTUAN MYKAD RM150 2024 : CHECK STATUS SEKARANG

Khusus kepada pemegang MyKad yang beralamat di Semenanjung Malaysia, bantuan yang disalurkan ini adalah secara tanpa tunai melalui pengkreditan ke dalam MyKad penerima dan hanya pemilik MyKad sahaja boleh menggunakan bantuan tersebut.

Bagaimanakah semakan nama penerima bantuan MyKad RM150? Ikuti penjelasan lebih lanjut di sini.

BACA JUGA : SEMAKAN NAMA PENERIMA BANTUAN ETUNAI B40 RM500 : CHECK STATUS SEKARANG

PENGENALAN BANTUAN MYKAD 2024

Bantuan yang disalurkan ke dalam Mykad secara tanpa tunai adalah diperkenalkan oleh program MyKasih yang pada awalnya untuk membantu pelajar dan isi rumah Miskin. Namun, kerajaan telah menambahbaik bantuan ini serta diperluaskan kepada lebih ramai penerima dari pelbagai kategori.

AMAUN BANTUAN MYKAD UNTUK SETIAP KATEGORI PENERIMA 2024

Setiap kategori akan menerima amaun bantuan seperti berikut :

  • Miskin Tegar & Miskin Serdehana:
KATEGORI PENERIMAAMAUN BANTUAN
YANG DITERIMA
Isi rumahRM100 setiap bulan
Warga emasRM100 setiap bulan
BujangRM50 setiap bulan
  • Asas Bukan Miskin :
KATEGORI PENERIMAAMAUN BANTUAN
YANG DITERIMA
Isi rumahRM300 setahun
Warga emasRM300 setahun
BujangRM150 setahun

SENARAI MANFAAT PENERIMA BANTUAN MYKAD 2024

Berikut merupakan senarai manfaat-manfaat untuk penerima bantuan dalam MyKad pada tahun ini :

  • Pengkreditan bantuan yang selamat untuk pemegang MyKad;
  • Menerima kredit secara automatik RM50 / RM100 setiap bulan;
  • Boleh digunakan di mana-mana kedai seluruh Malaysia;
  • Pembayaran barangan tanpa tunai hanya perlu menggunakan MyKad sahaja;
  • Baki pada bulan terdahulu akan dibawa ke bulan seterusnya;
  • Had bantuan sehingga RM600 / RM1,200 setahun.

SEMAKAN NAMA PENERIMA BANTUAN MYKAD RM150 2024

Ikuti cara semakan nama penerima bantuan MyKad di pautan seperti berikut :

  1. Sila layari laman rasmi semakan di sini : https://mykasih.com.my/.
  2. Pada halaman utama tersebut, sila klik pada [SEMAK STATUS].
  3. Masukkan Nombor Kad pengenalan pemohon dengan betul tanpa (-) Contoh : 83XXXXXXXXXX
  4. Seterunya, masukkan Kod Captcha yang betul berdasarkan imej yang diberikan.
  5. Kemudian, klik pada butang [Semak Status].
  6. Status nama penerima akan dipaparkan.
  7. Selesai.

RUJUKAN

Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi MyKasih. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib di bawah :

  • Hubungi Talian bantuan : (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900; atau
  • E-melkan ke Alamat : [email protected].

PENAFIAN

Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak Kerajaan Malaysia dan juga Kerajaan Negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan Portal Rasmi dari : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/.

4 thoughts on “SEMAKAN NAMA PENERIMA BANTUAN MYKAD RM150 2024 : CHECK STATUS SEKARANG”

    • Cth bukankan sudah d jelaskan sekiranya yg sudah dapat STR secara x langsung akan memperolehi Sara..
      Walau bagaimanapun utk kepastian cuba beli brg2 menggunakan Ic..

      Reply

Leave a Comment