SEMAKAN NAMA PENERIMA BANTUAN MYKAD RM300 2024 : CHECK STATUS SEKARANG
Di pertengahan tahun ini, bantuan bernilai RM300 bakal dikreditkan kepada nama-nama penerima yang disahkan layak. Setiap penerima boleh menggunakan bantuan dalam Mykad secara ansur sehingga tempoh akhir sebelum tarikh luput bantuan.
Bagaimanakah semakan nama penerima bantuan Mykad RM300? Ikuti penjelasan lebih lanjut di sini.
BACA JUGA : SEMAKAN STATUS PENERIMA BANTUAN MYKASIH RM100 BULAN JUN INI : CHECK KELAYAKAN SEKARANG
TEMPOH AKHIR PENGGUNAAN BANTUAN MYKAD RM300 2024
Penggunaan bantuan dalam Mykad adalah dibenarkan sehingga tempoh akhir, iaitu pada :
PERKARA | TARIKH AKHIR BANTUAN |
---|---|
Tempoh penggunaan Bantuan dalam MyKad | Sah sehingga 31 Disember 2024 |
JADUAL PENGKREDITAN BANTUAN MYKAD RM300 2024
Pengkreditan bantuan RM300 ke dalam Mykad penerima adalah mengikut tarikh seperti berikut :
BIL. | TARIKH KREDIT | JUMLAH BANTUAN DITERIMA |
---|---|---|
1. | 01/07/2024 | RM50 |
2. | 01/08/2024 | RM50 |
3. | 01/09/2024 | RM50 |
4. | 01/10/2024 | RM50 |
5. | 01/11/2024 | RM50 |
6. | 01/12/2024 | RM50 |
JUMLAH KESELURUHAN | RM300 |
CARA PENERIMAAN BANTUAN MYKAD RM300 2024
Setelah penerima daripada alamat Semenanjung Malaysia diluluskan dan didaftarkan, akaun akan dibuka berdasarkan MyKad penerima dalam sistem di mana elaun perbelanjaan akan disimpan. Penerima akan menerima elaun bulanan selama tempoh enam (6) bulan sebanyak RM50 setiap bulan melalui MyKad untuk membeli barang keperluan asas terpilih.
SEMAKAN NAMA PENERIMA BANTUAN MYKAD RM300 2024
Ikuti cara semakan nama penerima bantuan RM300 dalam MyKad di pautan seperti berikut :
PERKARA | PAUTAN RASMI |
---|---|
Laman Semakan Penerima Bantuan RM300 dalam MyKad | https://app.mykasih.net/sara2/checkstatus |
- Sila klik pada pautan rasmi Laman Semakan MyKad di atas.
- Anda akan dibawa ke halaman semakan.
- Pada laman tersebut, sila klik pada [Ruangan No.MyKad*].
- Masukkan nombor Kad pengenalan dengan betul tanpa (-) Contoh : 83XXXXXXXXXX.
- Seterunya, masukkan Kod Captcha yang betul berdasarkan imej yang diberikan.
- Kemudian, klik pada butang [Semak Status].
- Status nama penerima akan dipaparkan.
- Selesai.
RUJUKAN
Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi SARA. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib di bawah :
- Hubungi Talian bantuan : (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900
PENAFIAN
Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak Kerajaan Malaysia dan juga Kerajaan Negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan Portal Rasmi dari : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/.