SEMAKAN STATUS PENERIMA BANTUAN TUNAI RM500 MYKASIH 2024 : CHECK SEKARANG
Usaha kerajaan untuk mempertingkatkan kestabilan ekonomi serta mengurangkan cabaran ekonomi rakyat, bantuan tunai disalurkan di bawah program MyKasih sepanjang tahun ini dengan nilai yang dijangka mengcukupi perbelanjaan setiap bulan.
Bagaimanakah semakan status penerima bantuan tunai RM500 MyKasih? Ikuti penjelasan lebih lanjut di sini.
BACA JUGA : SEMAKAN NAMA PENERIMA BANTUAN TUNAI B40 TERBARU : CHECK STATUS SEKARANG
CARA PENYALURAN BANTUAN TUNAI RM500 MYKASIH 2024
Terdapat dua (2) cara penyaluran bantuan tunai MyKasih kepada rakyat, iaitu melalui :
- Secara tunai di kaunter cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN); atau
- Secara tunai ke dalam akaun bank penerima / pasangan yang didaftarkan.
JUMLAH PENYALURAN BANTUAN TUNAI MYKASIH 2024
Penyaluran bantuan tunai Mykasih bagi tahun 2024 adalah seperti berikut :
KATEGORI PENERIMA | JUMLAH PENYALURAN BANTUAN |
---|---|
ISI RUMAH DAN WARGA EMAS | RM600 + RM600 |
BUJANG | RM300 + RM300 |
TARIKH PENYALURAN BANTUAN TUNAI RM500 MYKASIH 2024
Bantuan tunai MyKasih akan disalurkan kepada penerima mengikut tarikh berikut :
TARIKH PENYALURAN BANTUAN TUNAI MYKASIH |
---|
Pada 12 Ogos 2024 |
KELAYAKAN PENERIMA BANTUAN TUNAI RM500 MYKASIH 2024
Penerima bantuan tunai MyKasih adalah khusus kepada yang berkelayakan seperti berikut :
- Warganegara Malaysia;
- Menetap di Sabah atau Sarawak atau Labuan;
- Status berpasangan atau bujang;
- Berpendapatan isi rumah bawah RM2,500 sebulan;
- Lulus Sumbangan Tunai Rahmah 2024 kategori Isi Rumah, Warga Emas dan Bujang; dan
- Berdaftar sebagai penerima miskin / miskin tegar e-Kasih.
SEMAKAN STATUS PENERIMA BANTUAN TUNAI RM500 MYKASIH 2024
Ikuti cara semakan status penerima bantuan tunai Mykasih seperti berikut :
- Sila layari portal rasmi MyKasih; atau klik pada pautan di sini : https://mykasih.com.my/.
- Pada halaman utama tersebut, sila klik pada [SEMAK STATUS].
- Masukkan Nombor Kad pengenalan pemohon dengan betul tanpa (-) Contoh : 83XXXXXXXXXX
- Seterunya, masukkan Kod Captcha yang betul berdasarkan imej yang diberikan.
- Kemudian, klik pada butang [Semak Status].
- Status penerima akan dipaparkan.
- Selesai.
RUJUKAN
Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi MyKASIH. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib di bawah :
- Laman bantuan : https://mykasih.com.my/contact-us/.
- Talian bantuan : (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900; atau
- Alamat E-mel: [email protected].
PENAFIAN
Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak Kerajaan Malaysia dan juga Kerajaan Negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan Portal Rasmi dari : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/.
Saya tak dapat bantuan ini. Keluarga saya dalam kesusahan saya perlukan bantuan ini