SEMAKAN NAMA PENERIMA BANTUAN MYKAD RM300 JUN 2024 : CHECK STATUS SEKARANG
Sasaran kerajaan dalam menyumbangkan bantuan adalah untuk meningkatkan kestabilan kewangan dan mengurangkan cabaran ekonomi rakyat dari ketidakpastian ekonomi negara. Oleh itu, bantuan RM300 disalurkan sepanjang tahun dan setiap bulan termasuk pada bulan Jun ini.
Bagaimanakah semakan nama penerima bantuan MyKad RM300 bulan Jun? Ikuti penjelasan lebih lanjut di sini.
BACA JUGA : BANTUAN 400 EWALLET : SEMAKAN STATUS NAMA PENERIMA SEKARANG
PENYALURAN BANTUAN MYKAD RM300 JUN 2024
Pada bulan Jun ini, bantuan yang berjumlah RM300 ini akan disalurkan menerusi akaun yang dibuka di dalam aplikasi SELANGKAH dan penyaluran bukanlah melalui MyKad penerima. Ia adalah kerana, bantuan ini di bawah Kerajaan Negeri Selangor.
TARIKH PENYALURAN BANTUAN RM300 JUN 2024
Penyaluran bantuan berjumlah RM300 adalah tertakluk kepada tarikh kelayakan dan kelulusan penerima bagi bulan Jun iaitu antara 1 hingga 30 hari bulan Jun. Pindaan adalah dari masa ke semasa secara berperingkat sepanjang bulan Jun ini.
SENARAI KEGUNAAN BANTUAN RM300 JUN 2024
Bantuan berjumlah RM300 perlu digunakan mengikut senarai berikut :
- Pembelian barangan keperluan dapur :
- Beras;
- Mi dan bihun;
- Roti;
- Biskut;
- Susu tepung, susu segar, susu sejat dan susu pekat manis;
- Telur;
- Gula dan garam;
- Rempah ratus, sos, kicap dan sebagainya;
- Tepung;
- Minyak masak;
- Sayur-sayuran dan buah-buahan;
- Daging lembu, ayam, kambing dan ikan.
- Pembelian barangan keperluan pendidikan :
- Kasut;
- Beg;
- Buku;
- Alat tulis;
- Pakaian seragam; dan sebagainya.
- Pembelian barangan keperluan asas lain :
- Lampin pakai buang bayi / dewasa;
- Ubat-ubatan;
- Sabun, kelengkapan mandian dan bahan pencuci.
KELAYAKAN PENERIMA BANTUAN MYKAD RM300 JUN 2024
Penerima bantuan RM300 haruslah berkelayakan seperti berikut :
- Warganegara Malaysia;
- Pendapatan bulanan isi rumah bawah RM5,000;
- Mempunyai tanggungan minimum dua (2) orang berusia 18 tahun ke bawah;
- Lahir atau menetap di Selangor melebihi 10 tahun; dan
- Merupakan pemilih berdaftar.
SEMAKAN NAMA PENERIMA BANTUAN MYKAD RM300 JUN 2024
Ikuti cara semakan nama penerima bantuan RM300 pada bulan Jun seperti berikut :
- Sila klik pada pautan portal semakan di sini : https://bingkasselangor.com/.
- Kemudian pada halaman utama, klik pada [Semak Status Permohonan].
- Kemudian, masukkan nombor telefon tanpa (-) contoh : 0123456789.
- Masukkan juga kata laluan yang telah didaftarkan dengan betul.
- Seterusnya, klik pada butang [Log Masuk].
- Klik pada butang [Semakan Status].
- Status penerima akan dipaparkan.
- Selesai.
RUJUKAN
Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi BINGKAS. Sekiranya terdapat pertanyaan lanjut, pihak tuan/puan boleh menghubungi Talian hotline : 1-800-22-6600.
PENAFIAN
Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak Kerajaan Malaysia dan juga Kerajaan Negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan Portal Rasmi dari : https://www.bingkasselangor.com/#pengenalan.