TEBUS E WALLET RM100 MADANI 2023 GUNA SETEL PETRONAS : CLAIM SEKARANG

TEBUS E WALLET RM100 MADANI 2023 GUNA SETEL PETRONAS : CLAIM SEKARANG

Kerajaan komited menunaikan janji untuk memberikan bantuan wang tambahan berupa e-Tunai kepada 10 juta rakyat Malaysia yang berumur 21 tahun ke atas dan memenuhi syarat kelayakan yang ditetapkan. Bantuan e-Tunai ini boleh dibelanjakan di kedai fikizal yang terpilih untuk menggalakkan pembelian pembayaran secara tanpa tunai (cashless).

Sehubungan dengan itu, kerajaan menggalakkan seluruh rakyat Malaysia, terutama golongan B40 dan M40 untuk membuat tuntutat atau tebus bantuan RM100 e-Wallet ini dalam aplikasi yang tersenarai seperti Setel Petronas, Mae Maybank, Touch ‘n Go, dan ShopeePay.

Bagaimanakah cara tebus e wallet rm100 madani 2023 guna setel petronas? Ikuti cara tebus di sini.

BACA JUGA : TEBUS E WALLET RM100 MADANI GUNA MAE MAYBANK : CLAIM ONLINE

SYARAT KELAYAKAN TEBUS E WALLET RM100 MADANI

Untuk menebus / menuntut Bantuan e-Wallet RM100 MADANI, pemohon hendaklah memenuhi syarat kelayakan yang ditetapkan seperti di bawah :

  • Warganegara Malaysia.
  • Berumur 21 tahun ke atas pada 1 Januari 2023 ; dan
  • Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) berdasarkan rekod pada 7 November 2023 ; atau
  • Mempunyai pendapatan dan pendapatan tersebut adalah RM100,000 dan ke bawah setahun berdasarkan rekod Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) setakat 15 Julai 2023.

TARIKH TEBUS / PEMBELIAN E WALLET RM100

Bantuan e-Wallet RM100 MADANI mempunyai tempoh masa untuk tebus dan untuk berbelanja mengikut tarikh yang ditetapkan seperti berikut :

  • Tarikh tebus / tuntutan : 4 Disember 2023 – 20 Februari 2024.
  • Tarikh perbelanjaan : 4 Disember 2023 – 29 Februari 2024.

SENARAI KEGUNAAN E WALLET RM100 MADANI

Bantuan e-Wallet RM100 MADANI hanya boleh dibelanjakan secara fizikal sahaja di kedai terpilih dan TIDAK boleh digunakan untuk :

  • Pengeluaran tunai.
  • Pemindahan wang.
  • RFID & PayDirect di pintu tol.
  • Urusniaga dalam talian, termasuk peniaga luar negara.
  • Bayaran bil, prabayar, pascabayar dan kredit game.

TEBUS E WALLET RM100 MADANI 2023 GUNA SETEL PETRONAS

Ikuti cara tebus Bantuan e-Wallet RM100 MADANI dengan menggunakan aplikasi SETEL Petronas seperti berikut :

  1. Sila buka aplikasi [SETEL Petronas] di dalam telefon bimbit anda.
  2. Kemudian, klik pada ikon [eMADANI] pada bahagian halaman utama (HOME).
  3. Anda akan dipaparkan syarat kelayakan, sila baca dengan teliti.
  4. Tandakan [/] sekiranya anda setuju dengan Terma & Syarat yang ditetapkan.
  5. Seterusnya, klik pada butang [Claim Now].
  6. Klik [I Agree] sekiranya anda setuju bahawa data anda akan dikongsi dengan pihak ketiga.
  7. Klik butang [Teruskan].
  8. Isikan semua maklumat yang diperlukan seperti :
    • [Alamat],
    • [Jantina],
    • [Bangsa],
    • [Tahap Pendidikan Terkini],
    • [Jenis Pekerjaan],
    • [Pendapatan Kasar Bulanan],
    • [Jenis Industri].
  9. Seterusnya, klik butang [Hantar].
  10. ‘Permohonan anda telah diterima dan sedang diproses’.
  11. Selesai.

*Pengesahan dan kelulusan mengambil masa sehingga (5) hari selepas anda membuat tuntutan / tebus.

MAKLUMAT LANJUT

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan Bantuan e-Wallet RM100 MADANI di dalam aplikasi SETEL Petronas, sila hubungi pihak berwajib seperti di bawah :

Pihak kami hanya berkongsi maklumat di atas sahaja untuk memudahkan carian panduan. Semoga bermanfaat.

1 thought on “TEBUS E WALLET RM100 MADANI 2023 GUNA SETEL PETRONAS : CLAIM SEKARANG”

  1. Permohonan E-Madani saya ditolak . Pendapatan saya di bawaRM 100,000 setahun . Saya pesara kerajaan . Ketika mengisi borang permohonan secara On-Line melalui applikasi Touch & Go , TIADA pilihan “PESARA ” didlm borang on-line itu ! Jadi saya percaya semua pesara main tekan sahaja mana2 jawatan di ” Ruangan ” Pekerjaan ” menyebabkan permohonan di tolak ! SILA BANTU !

    Reply

Leave a Comment