STR 2024 LOGIN : SEMAKAN NAMA PENERIMA
Bilangan penerima bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) semakin bertambah oleh kerana permohonan yang dibuka sepanjang tahun berbanding tahun sebelum ini hanya dibuka sekali sahaja. Kerajaan mengjangkakan hampir 9 juta rakyat Malaysia yang layak menerima STR.
Bagaimanakah STR login semakan nama penerima? Ikuti penjelasan lebih lanjut di sini.
BACA JUGA : SEMAKAN STR FASA 3 : CHECK STATUS NAMA PENERIMA SEKARANG
JADUAL KELULUSAN PERMOHONAN STR 2024
Berikut merupakan jadual kelulusan permohonan mengikut fasa sepanjang tahun :
TARIKH PERMOHONAN | KELULUSAN FASA | BULAN PENYALURAN |
---|---|---|
1November 2023 hingga 30 November 2023 | 1,2,3 dan 4 | Februari 2024 |
1Disember 2023 hingga 29 Februari 2024 | 2,3 dan 4 | April 2024 |
1March 2024 hingga 30 Jun 2024 | 3 dan 4 | Ogos 2024 |
1Julai 2024 hingga 30September 2024 | 4 | November 2024 |
AMAUN PENYALURAN BANTUAN STR 2024
Penyaluran bantuan STR adalah mengikut amaun yang berbeza setiap kategori seperti berikut :
- Kategori Isi Rumah :
PENDAPATAN ISI RUMAH / BIL. ANAK | TIADA ANAK | 1 – 2 ANAK | 3 – 4 ANAK | 5 KE ATAS |
---|---|---|---|---|
RM2,500 KE BAWAH | RM1,000 | RM1,500 | RM2,000 | RM2,500 |
RM2,501 – RM5,000 | RM500 | RM750 | RM1,000 | RM1,250 |
- Kategori Bujang :
UMUR PENERIMA | AMAUN BANTUAN |
---|---|
21 hingga 59 tahun | RM350 |
60 tahun ke atas (Warga Emas) | RM600 |
KADAR BILANGAN PENERIMA BANTUAN STR 2024
Berikut merupakan kadar bilangan penerima yang dianggarkan sepanjang tahun ini :
KATEGORI KELAYAKAN | BILANGAN PENERIMA |
---|---|
ISI RUMAH PENDAPATAN RM2,500 KE BAWAH | 3.1 juta |
ISI RUMAH PENDAPATAN RM2,501 HINGGA RM5,000 | 1.0 juta |
WARGA EMAS (BUJANG 60 TAHUN KE ATAS) | 1.3 juta |
BUJANG (21 HINGGA 59 TAHUN) | 3.3 juta |
STR 2024 LOGIN
Ikuti cara login STR untuk semakan penerima seperti berikut :
- Sila layari portal rasmi MySTR LHDNM; klik di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
- Kemudian, masukkan nombor kad pengenalan pada ruangan ‘No MyKad’.
- Klik pada butang [Log Masuk].
- Seterusnya, klik pada [Semak].
- Tekan [Ya] sekiranya frasa keselamatan yang dipaparkan adalah betul.
- Masukkan kata laluan dengan betul.
- Klik butang [Log Masuk].
- Kemudian, klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
- Status penerima akan dipaparkan.
- Selesai.
RUJUKAN
Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi MySTR LHDNM. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib di bawah :
- Hotline STR HASiL : 1-800-88-2747
- Hotline STR MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
- E-mel :[email protected]
PENAFIAN
Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak Kerajaan Malaysia dan juga Kerajaan Negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan Portal Rasmi dari : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.