SEMAKAN STATUS PENERIMA BANTUAN MYKAD RM600 2024 : CHECK KELAYAKAN SEKARANG

SEMAKAN STATUS PENERIMA BANTUAN MYKAD RM600 2024 : CHECK KELAYAKAN SEKARANG

Di bawah program MyKasih, terdapat juga bantuan yang disalurkan secara tanpa tunai melalui MyKad dan setiap kategori akan menerima amaun yang berbeza mengikut kelayakan. Ia merupakan sebuah inisiatif yang dapat memudahkan rakyat menerima dan menggunakannya hanya dengan MyKad sahaja.

Bagaimanakah semakan status penerima bantuan MyKad RM600? Ikuti penjelasan lebih lanjut di sini.

BACA JUGA : SEMAKAN NAMA PENERIMA BANTUAN MYKAD B40 RM400 : CHECK KELAYAKAN SEKARANG

TEMPOH PELAKSANAAN BANTUAN MYKAD RM600 2024

Pelaksanaan bantuan yang disalurkan menerusi MyKad adalah mengikut tempoh yang ditetapkan setiap negeri seperti berikut :

NEGERI PENERIMATEMPOH PELAKSANAAN
Kedah, Pulau Pinang, Selangor,
Kuala Lumpur dan Putrajaya,
Negeri Sembilan, Kelantan
dan Terengganu
Bermula 22 Januari 2024
sehingga 31 Disember 2024
Perlis, Perak, Pahang,
Melaka dan Johor
Bermula 29 Januari 2024
sehingga 31 Disember 2024

PROSEDUR PELAKSANAAN BANTUAN MYKAD 2024

Berikut merupakan prosedur pelaksanaan bantuan melalui MyKad penerima :

  1. Setelah penerima yang beralamat di Semenanjung Malaysia diluluskan dan didaftarkan Mykasih, akaun akan dibuka berdasarkan Nombor MyKad penerima dalam sistem Mykasih yang mana elaun perbelanjaan akan disimpan.
  2. Penerima akan menerima elaun bulanan melalui MyKad untuk membeli barang keperluan asas terpilih.
  3. Pasar raya dan Kedai runcit yang mengambil bahagian dalam program pembelian tanpa tunai ini akan mempunyai infrastruktur sistem pembayaran MyKasih di dalam premis mereka di mana penerima dapat membuat pembayaran menggunakan MyKad.

KADAR PENYALURAN BANTUAN MYKAD RM600 2024

Penyaluran bantuan bernilai RM600 ke dalam Mykad penerima adalah mengikut kadar yang ditetapkan setiap bulan seperti jadual berikut :

BIL.TARIKH PENYALURANKADAR BANTUAN
YANG DITERIMA
1.22 & 29 Januari 2024RM50
2.01Februari 2024RM50
3.01Mac 2024RM50
4.01April 2024RM50
5.01Mei 2024RM50
6.01Jun 2024RM50
7.01Julai 2024RM50
8.01 Ogos 2024RM50
9.01September 2024RM50
10.01 Oktober 2024RM50
11.01November 2024RM50
12.01 Disember 2024RM50
= RM600

KELAYAKAN PENERIMA BANTUAN MYKAD RM600 2024

Bantuan yang bernilai RM600 disalurkan ke dalam MyKad, terhad kepada yang berkelayakan :

  • Warganegara Malaysia;
  • Menetap di negeri-negeri Semenanjung Malaysia;
  • Berumur 21 hingga 59 tahun;
  • Status Bujang / Balu / Duda / Janda yang tiada anak;
  • Pendapatan bulanan RM2,500 ke bawah;
  • Bukan pelajar sepenuh masa IPTA / IPTS;
  • Lulus Sumbangan Tunai Rahmah 2024 kategori Bujang; dan
  • Mempunyai data dalam e-Kasih sebagai penerima Miskin.

SEMAKAN STATUS PENERIMA BANTUAN MYKAD RM600 2024

Semakan status adalah melalui portal rasmi MyKasih. Ikuti cara semakan status penerima bantuan MyKad seperti berikut :

  1. Sila layari portal rasmi MyKasih; atau klik pada pautan di sini : https://mykasih.com.my/.
  2. Pada halaman utama tersebut, sila klik pada [SEMAK STATUS].
  3. Masukkan Nombor Kad pengenalan pemohon dengan betul tanpa (-) Contoh : 83XXXXXXXXXX
  4. Seterusnya, masukkan Kod Captcha yang betul berdasarkan imej yang diberikan.
  5. Kemudian, klik pada butang [Semak Status].
  6. Status penerima akan dipaparkan.
  7. Selesai.

RUJUKAN

Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi MyKASIH (Bantuan MyKad). Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib di bawah :

PENAFIAN

Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak Kerajaan Malaysia dan juga Kerajaan Negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan Portal Rasmi dari : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/faq/.

Leave a Comment