SEMAKAN NAMA PENERIMA BANTUAN TUNAI MYKASIH RM600 2024 : CHECK STATUS SEKARANG

SEMAKAN NAMA PENERIMA BANTUAN TUNAI MYKASIH RM600 2024 : CHECK STATUS SEKARANG

Selain daripada penyaluran secara tanpa tunai, program bantuan MyKasih juga disalurkan secara tunai kepada sebahagian rakyat. Penyaluran secara tunai ini adalah untuk memudahkan penerima untuk menerimanya bagi pelbagai kegunaan tunai.

Bagaimanakah semakan nama penerima bantuan tunai MyKasih RM600? Ikuti penjelasan lebih lanjut di sini.

BACA JUGA : SEMAKAN STATUS PENERIMA BANTUAN MYKAD RM600 : CHECK KELAYAKAN SEKARANG

TEMPOH PELAKSANAAN BANTUAN TUNAI MYKASIH RM600 2024

Pelaksanaan bantuan MyKasih yang disalurkan secara tunai adalah mengikut tempoh seperti berikut :

TEMPOH PELAKSANAAN BANTUAN TUNAI MYKASIH
Dua (2) kali setahun bermula pada bulan
Februari dan Ogos 2024

PROSEDUR PENYALURAN BANTUAN TUNAI MYKASIH RM600 2024

Penyaluran bantuan tunai MyKasih yang bernilai RM600 adalah mengikut prosedur seperti berikut :

  1. Setelah disahkan layak, penerima akan menerima makluman daripada MyKasih.
  2. Bantuan akan disalurkan terus ke dalam akaun bank yang didaftarkan; atau
  3. Bagi penerima yang tiada akaun bank / gagal kredit, penerima perlu ke Bank Simpanan Nasional untuk menerima bantuan secara tunai.

KADAR PENYALURAN BANTUAN TUNAI MYKASIH RM600 2024

Bantuan MyKasih yang disalurkan secara tunai adalah mengikut kadar seperti berikut :

TARIKH PENYALURANKADAR AMAUN
YANG DITERIMA
19 Februari 2024RM300
12 Ogos 2024RM300

KELAYAKAN PENERIMA BANTUAN TUNAI MYKASIH RM600 2024

Bantuan MyKasih yang bernilai RM600 adalah terhad kepada yang berkelayakan :

  • Warganegara Malaysia;
  • Menetap di Sabah / Sarawak / Labuan;
  • Berumur 21 hingga 59 tahun;
  • Status Bujang / Balu / Duda / Janda tiada anak;
  • Pendapatan di bawah RM2,500 sebulan;
  • Bukan pelajar sepenuh masa IPTA / IPTS;
  • Lulus Sumbangan Tunai Rahmah 2024 kategori Bujang; dan
  • Mempunyai data dalam e-Kasih sebagai penerima Miskin.

SEMAKAN NAMA PENERIMA BANTUAN TUNAI MYKASIH RM600 2024

Ikuti cara semakan nama penerima bantuan tunai MyKasih RM600 seperti berikut :

  1. Sila layari portal rasmi MyKasih; atau klik pada pautan di sini : https://mykasih.com.my/.
  2. Pada halaman utama tersebut, sila klik pada [SEMAK STATUS].
  3. Masukkan Nombor Kad pengenalan pemohon dengan betul tanpa (-) Contoh : 83XXXXXXXXXX
  4. Seterusnya, masukkan Kod Captcha yang betul berdasarkan imej yang diberikan.
  5. Kemudian, klik pada butang [Semak Status].
  6. Status penerima akan dipaparkan.
  7. Selesai.

RUJUKAN

Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi MyKASIH. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib di bawah :

PENAFIAN

Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak Kerajaan Malaysia dan juga Kerajaan Negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan Portal Rasmi dari : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/.

Leave a Comment