SEMAKAN NAMA PENERIMA BANTUAN 150 MYKAD 2024 : CHECK SEKARANG
Peningkatan kadar jumlah yang disalurkan melalui MyKad adalah disebabkan kerana penyaluran bantuan ini hasil daripada penjimat subsidi yang disasarkan oleh Kerajaan sepanjang tahun 2024 bagi membantu golongan berpendapatan rendah untuk menghadapi isu kos sara hidup.
Bagaimanakah semakan nama penerima bantuan 150 mykad? Ikuti penjelasan lebih lanjut di sini.
BACA JUGA : BANTUAN EKASIH DALAM MYKAD TERBARU RM150 : SEMAK NAMA PENERIMA SEKARANG
JADUAL PENYALURAN BANTUAN 150 MYKAD 2024
Bantuan yang disalurkan ke dalam Mykad adalah mengikut jadual yang berbeza setiap negeri seperti berikut :
BIL. | NEGERI PENERIMA | TARIKH PENYALURAN BANTUAN |
---|---|---|
1. | Kedah | 22/01/2024 sehingga 01/12/2024 |
2. | Pulau Pinang | 22/01/2024 sehingga 01/12/2024 |
3. | Selangor | 22/01/2024 sehingga 01/12/2024 |
4. | Kuala Lumpur | 22/01/2024 sehingga 01/12/2024 |
5. | Putrajaya | 22/01/2024 sehingga 01/12/2024 |
6. | Negeri Sembilan | 22/01/2024 sehingga 01/12/2024 |
7. | Kelantan | 22/01/2024 sehingga 01/12/2024 |
8. | Terengganu | 22/01/2024 sehingga 01/12/2024 |
9. | Perlis | 29/01/2024 sehingga 01/12/2024 |
10. | Perak | 29/01/2024 sehingga 01/12/2024 |
11. | Pahang | 29/01/2024 sehingga 01/12/2024 |
12. | Melaka | 29/01/2024 sehingga 01/12/2024 |
13. | Johor | 29/01/2024 sehingga 01/12/2024 |
KAEDAH PELAKSANAAN BANTUAN 150 MYKAD 2024
Pelaksanaan bantuan ini adalah disalurkan secara tanpa tunai (cashless) berjumlah RM100 / RM50 setiap bulan bagi tempoh 12 bulan (Januari 2024 hingga Disember 2024) secara automatik melalui akaun yang dibuka menggunakan MyKad penerima untuk membeli barangan keperluan asas.
KADAR JUMLAH BANTUAN MYKAD 2024
Bantuan yang akan disalurkan ke dalam Mykad penerima adalah berbeza mengikut kadar yang ditetapkan setiap penerima seperti berikut :
- Kategori Isi Rumah :
KELAYAKAN PENERIMA | KADAR JUMLAH BANTUAN |
---|---|
Berpasangan | RM100 |
Ibu/bapa tunggal | RM100 |
- Kategori Bujang :
KELAYAKAN PENERIMA | KADAR JUMLAH BANTUAN |
---|---|
Umur 21 hingga 59 tahun | RM50 |
Umur 60 ke atas (warga emas) | RM100 |
MANFAAT PENERIMA BANTUAN MYKAD 2024
Terdapat beberapa manfaat yang bakal diperoleh penerima bantuan yang disalurkan ke dalam Mykad :
- Bantuan akan disalurkan secara automatik setiap bulan;
- Penerima boleh menggunakan bantuan dalam Mykad di 600 kedai terpilih;
- Penerima boleh membeli barangan keperluan asas yang diinginkan;
- Pembayaran secara tanpa tunai (cashless) menggunakan MyKad; dan
- Had pembelian sehingga RM1,200 / RM600 setahun.
SEMAKAN NAMA PENERIMA BANTUAN 150 MYKAD 2024
Ikuti cara semakan penerima bantuan dalam Mykad seperti berikut :
- Sila layari laman semakan rasmi di sini : https://app.mykasih.net/sara2/checkstatus.
- Masukkan Nombor Kad pengenalan pemohon dengan betul tanpa (-) Contoh : 83XXXXXXXXXX
- Seterusnya, masukkan Kod Captcha yang betul berdasarkan imej yang diberikan.
- Kemudian, klik pada butang [Semak Status].
- Status penerima akan dipaparkan.
- Selesai.
RUJUKAN
Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi MySARA. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib di bawah :
- Talian bantuan : (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900
PENAFIAN
Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak Kerajaan Malaysia dan juga Kerajaan Negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan Portal Rasmi dari : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/faq/.