BANTUAN RM150 MYKAD 2024 : SEMAK NAMA PENERIMA

BANTUAN RM150 MYKAD 2024 : SEMAK NAMA PENERIMA

Proses penyaluran bantuan melalui Mykad adalah amat memudahkan kerajaan untuk mengenalpasti rakyat yang layak sekaligus dapat memudahkan rakyat untuk menerima bantuan secara terus dan boleh menggunakannya dengan selamat.

Bagaimanakah semakan penerima bantuan RM150 MyKad? Ikuti penjelasan lebih lanjut di sini.

BACA JUGA : CHECK STATUS PENERIMA BANTUAN MYSARA RM150 FASA JULAI : SEMAK SEKARANG

KADAR BANTUAN MYKAD 2024

Bantuan yang disalurkan menerusi MyKad adalah mengikut kadar yang ditetapkan setiap penerima iaitu bagi kategori isi rumah dan warga emas (tiada pasangan) akan menerima RM100, manakala kategori bujang akan menerima RM50 sahaja.

TARIKH KREDIT BANTUAN MYKAD 2024

Pengkreditan bantuan menerusi MyKad penerima adalah secara berperingkat bermula :

TARIKH KREDIT BANTUAN MYKAD
1 Julai 2024 (Isnin)

TEMPOH SAH GUNA BANTUAN MYKAD 2024

Penerima hanya dibenarkan untuk menggunakan bantuan dalam MyKad sehingga pada tempoh sah seperti berikut :

TEMPOH SAH GUNA BANTUAN MYKAD
31 Disember 2024 (Selasa)

KEGUNAAN BANTUAN RM150 MYKAD

Penerima bantuan di dalam Mykad boleh menggunakan bantuan untuk pembelian seperti :

  1. Barangan keperluan asas dapur;
  2. Barangan keperluan persekolahan; dan
  3. Lain-lain seperti ubat-ubatan dan kelengkapan kebersihan.

SEMAKAN PENERIMA BANTUAN RM150 MYKAD 2024

Ikuti cara semakan penerima bantuan RM150 dalam Mykad seperti berikut :

  1. Sila layari laman semakan rasmi di sini : https://app.mykasih.net/sara2/checkstatus.
  2. Masukkan Nombor Kad pengenalan pemohon dengan betul tanpa (-) Contoh : 83XXXXXXXXXX
  3. Seterusnya, masukkan Kod Captcha yang betul berdasarkan imej yang diberikan.
  4. Kemudian, klik pada butang [Semak Status].
  5. Status penerima akan dipaparkan.
  6. Selesai.

RUJUKAN

Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi SARA. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib di bawah :

PENAFIAN

Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak Kerajaan Malaysia dan juga Kerajaan Negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan Portal Rasmi dari : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/faq/.

Leave a Comment