BANTUAN MYKAD RM1000 2024 : SEMAKAN STATUS PENERIMA
Merangkumi peruntukan sebanyak RM700 juta untuk disalurkan melalui Mykad lebih 700,000 ribu penerima yang terdiri daripada rakyat yang kurang kemampuan sepanjang tahun ini disasarkan dapat mengurangkan bebanan yang dipikul rakyat.
Bagaimanakah semakan status penerima bantuan Mykad RM1000? Ikuti penjelasan lebih lanjut di sini.
BACA JUGA : SEMAKAN BANTUAN MYKAD : CHECK NAMA PENERIMA SEKARANG
CARA PENERIMAAN BANTUAN MYKAD 2024
Setelah penerima daripada alamat Semenanjung Malaysia diluluskan dan didaftarkan, akaun akan dibuka berdasarkan MyKad penerima dalam sistem di mana elaun perbelanjaan akan disimpan. Penerima akan menerima elaun bulanan melalui MyKad untuk membeli barang keperluan asas terpilih.
TEMPOH PENERIMAAN BANTUAN MYKAD 2024
Bantuan yang disalurkan menerusi MyKad adalah secara ansur mengikut tempoh yang ditetapkan seperti berikut :
PERKARA | TARIKH |
---|---|
Tempoh Bantuan MyKad | Januari hingga Disember 2024 |
TARIKH SAH GUNA BANTUAN MYKAD
Baki elaun bantuan yang tidak habis digunakan akan dibawa ke bulan-bulan seterusnya dan boleh digunakan bersama dengan elaun bulan semasa. Walau bagaimanapun, sebarang baki elaun yang tidak digunakan sepenuhnya pada akhir tempoh iaitu 31 Disember 2024 akan luput secara automatik.
KADAR BANTUAN MYKAD 2024
Kadar bantuan yang disalurkan ke dalam Mykad adalah mengikut kategori seperti berikut :
KATEGORI PENERIMA | KADAR BANTUAN |
---|---|
ISI RUMAH | RM1,200 |
WARGA EMAS | RM1,200 |
BUJANG | RM600 |
SEMAKAN STATUS PENERIMA BANTUAN MYKAD RM1000
Ikuti cara semakan status penerima bantuan dalam Mykad seperti berikut :
- Sila layari portal rasmi MyKasih; atau klik pada pautan di sini : https://mykasih.com.my/.
- Pada halaman utama tersebut, sila klik pada [SEMAK STATUS].
- Masukkan Nombor Kad pengenalan pemohon dengan betul tanpa (-) Contoh : 83XXXXXXXXXX
- Kemudian, klik pada butang [Semak Status].
- Status penerima akan dipaparkan.
- Selesai.
RUJUKAN
Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi MyKASIH. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib di bawah :
- Talian bantuan : (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900
- Alamat E-mel: [email protected]
PENAFIAN
Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak Kerajaan Malaysia dan juga Kerajaan Negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan Portal Rasmi dari : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/faq/.