SEMAKAN NAMA PENERIMA BANTUAN SARA HIDUP RM300 2024 :  CHECK STATUS SEKARANG

SEMAKAN NAMA PENERIMA BANTUAN SARA HIDUP RM300 2024 :  CHECK STATUS SEKARANG

Cabaran ekonomi yang tiada kepastian menjadikan bebanan hidup kepada rakyat yang berpendapatan terutamanya yang tinggal di bandar. Oleh itu, kerajaan mewujudkan bantuan sara hidup yang disalurkan setiap bulan sepanjang tahun bagi membantu menstabilkan kewangan rakyat.

Bagaimanakah semakan nama penerima bantuan sara hidup rm300? Ikuti penjelasan lebih lanjut di sini.

BACA JUGA : BANTUAN MYKAD RM1000 : SEMAKAN STATUS PENERIMA

APA ITU BANTUAN SARA HIDUP 2024

Bantuan Sara Hidup yang disalurkan ini diberi nama sebagai Bantuan Kehidupan Sejahtera yang diperkenalkan oleh Kerajaan Negeri Selangor. Bantuan ini disalurkan setiap bulan untuk meningkatkan kestabilan kewangan serta mengurangkan cabaran ekonomi.

BILAKAH TARIKH PENERIMAAN BANTUAN SARA HIDUP RM300 2024

Tarikh penerimaan Bantuan Sara Hidup yang bernilai RM300 ini adalah tertakluk kepada pindaan tarikh dari semasa ke semasa mengikut kelulusan permohonan daripada pemohon setiap bulan. Setelah diluluskan, bantuan akan disalurkan secara automatik setiap bulan.

BAGAIMANAKAH CARA PENERIMAAN BANTUAN SARA HIDUP RM300 2024

Bantuan Sara Hidup akan dikreditkan kepada penerima mengikut cara yang ditetapkan iaitu secara tanpa tunai melalui aplikasi e-Wallet ‘SELANGKAH’. Setiap bulan bantuan akan dikreditkan secara automatik ke dalam e-Wallet penerima khas untuk pembelian barangan keperluan asas dengan kod QR.

APAKAH KELAYAKAN PENERIMA BANTUAN SARA HIDUP RM300 2024

Bantuan Sara Hidup adalah terhad kepada yang berkelayakan seperti berikut :

  • Warganegara Malaysia;
  • Pendapatan bulanan isi rumah RM5,000 dan ke bawah;
  • Mempunyai tanggungan minimum dua (2) orang berusia 18 tahun ke bawah;
  • Lahir atau menetap di Selangor melebihi 10 tahun; dan
  • Merupakan pemilih berdaftar di Selangor.

SEMAKAN NAMA PENERIMA BANTUAN SARA HIDUP RM300 2024

Ikuti cara semakan nama penerima Bantuan Sara Hidup seperti berikut :

  1. Sila klik pada pautan portal semakan di sini : https://bingkasselangor.com/.
  2. Pada halaman utama, klik pada [Semak Status Permohonan].
  3. Masukkan nombor telefon tanpa (-) contoh : 0123456789.
  4. Kemudian, Masukkan kata laluan yang telah didaftarkan dengan betul.
  5. Seterusnya, klik pada butang [Log Masuk].
  6. Klik pada butang [Semakan Status].
  7. Status penerima akan dipaparkan.
  8. Selesai.

RUJUKAN

Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi BINGKAS. Sekiranya terdapat pertanyaan lanjut, pihak tuan/puan boleh menghubungi Talian hotline : 1-800-22-6600.

PENAFIAN

Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak Kerajaan Malaysia dan juga Kerajaan Negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan Portal Rasmi dari : https://www.bingkasselangor.com/#pengenalan.

Leave a Comment