CHECK NAMA PENERIMA BANTUAN MYKAD RM100 JULAI 2024 : SEMAK STATUS SEKARANG
Pada awal bulan Julai ini, pengkreditan terus bantuan ke dalam MyKad 700,000 ribu penerima yang telah disahkan layak akan dilakukan secara berperingkat dan telah menerimanya, penerima boleh terus memanfaat bantuan tersebut untuk pembelian barangan keperluan asas yang diperlukan.
Bagaimanakah check nama penerima bantuan mykad RM100 Julai? Ikuti penjelasan lebih lanjut di sini.
BACA JUGA : SEMAKAN NAMA PENERIMA BANTUAN SARA HIDUP RM300 : CHECK STATUS SEKARANG
TARIKH PENGKREDITAN BANTUAN MYKAD RM100 JULAI 2024
Pengkreditan bantuan ke dalam Mykad penerima pada bulan Julai adalah bermula :
TARIKH KREDIT BANTUAN MYKAD RM100 |
---|
1 Julai 2024 (Isnin) secara berperingkat |
KATEGORI PENERIMA BANTUAN MYKAD JULAI 2024
Terdapat tiga (3) kategori penerima bantuan dalam Mykad pada bulan Julai, iaitu :
- Isi Rumah :
- Akan menerima bantuan berjumlah RM100.
- Warga Emas :
- Akan menerima bantuan berjumlah RM100.
- Bujang :
- Akan menerima bantuan berjumlah RM50.
TEMPOH SAH GUNA BANTUAN MYKAD RM100 2024
Penerima boleh menggunakan bantuan dalam Mykad sehingga tarikh tamat tempoh iaitu pada :
TEMPOH SAH GUNA BANTUAN MYKAD |
---|
Sehingga 31 Disember 2024 (Selasa) |
KELAYAKAN PENERIMA BANTUAN MYKAD RM100 JULAI 2024
Berikut merupakan kelayakan penerima bantuan dalam Mykad pada bulan Julai :
- Warganegara Malaysia;
- Lahir atau menetap di Semenanjung Malaysia;
- Berpendapatan RM2,500 ke bawah;
- Lulus Sumbangan Tunai Rahmah 2024 kategori Isi Rumah, Warga Emas dan Bujang; serta
- Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar / Miskin eKasih dalam rekod data eKasih di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU, JPM).
CHECK NAMA PENERIMA BANTUAN MYKAD RM100 JULAI 2024
Ikuti cara check nama penerima bantuan MyKad pada bulan Julai seperti berikut :
- Sila klik pada pautan rasmi di sini : https://mykasih.com.my/.
- Pada halaman utama tersebut, sila klik pada [SEMAK STATUS].
- Masukkan Nombor Kad pengenalan pemohon dengan betul tanpa (-) Contoh : 83XXXXXXXXXX.
- Kemudian, klik pada butang [Semak Status].
- Status penerima akan dipaparkan.
- Selesai.
RUJUKAN
Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi MyKASIH. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib di bawah :
- Laman Bantuan : https://mykasih.com.my/contact-us/.
- Talian Bantuan : (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900
- Alamat E-mel: [email protected]
PENAFIAN
Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak Kerajaan Malaysia dan juga Kerajaan Negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan Portal Rasmi dari : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/faq/.
Mohon bantuan
Saya OKU yang pernah di bedah mata dua kali di hospital Serdang
Dan diradiotrapy 15 di HBKl
Kini sebelah mata saya tidak boleh melihat .saya merayu pada PERKESO
Tidak dapat.
Saya merayu harap ada belas dari tuan. Yang perihatin