BANTUAN MYKAD RM600 TERBARU 2024 : SEMAK NAMA PENERIMA SEKARANG
Golongan dewasa yang berpendapatan di bawah garis kemiskinan merangkumi isi rumah dan bujang akan menerima bantuan yang disalurkan sebanyak RM600. Bantuan yang disalurkan ini adalah di bawah peruntukan belanjawan 2024.
Bagaimanakah semakan nama penerima bantuan mykad rm600 terbaru? Ikuti penjelasan lebih lanjut di sini.
BACA JUGA : BANTUAN MYSARA DALAM MYKAD TERBARU RM150 : SEMAK NAMA PENERIMA SEKARANG
JADUAL PENYALURAN BANTUAN MYKAD TERBARU 2024
Berikut merupakan jadual penyaluran bantuan yang bernilai RM600 yang terbaru :
NEGERI PENERIMA | TARIKH PENYALURAN TERBARU |
---|---|
Semenanjung Malaysia | 01/07/2024 01/08/2024 01/09/2024 01/10/2024 01/11/2024 01/12/2024 |
Sabah, Sarawak & Labuan | 12/08/2024 |
AMAUN YANG DITERIMA BANTUAN MYKAD TERBARU 2024
Setiap penerima yang berlainan negeri akan menerima amaun yang berbeza seperti berikut :
NEGERI PENERIMA | AMAUN BANTUAN DITERIMA |
---|---|
Semenanjung Malaysia | RM50 sebulan |
Sabah, Sarawak & Labuan | RM300 |
KAEDAH PENYALURAN BANTUAN RM600 TERBARU 2024
Bantuan ini akan disalurkan mengikut dua (2) kaedah yang berbeza, iaitu :
- Penerima di Semenanjung Malaysia :
- Akan disalurkan secara tanpa tunai ke dalam Mykad.
- Penerima di Sabah, Sarawak & Labuan :
- Akan disalurkan secara tunai di kaunter BSN atau ke dalam akaun bank penerima.
KRITERIA PENERIMA BANTUAN MYKAD RM600 2024
Berikut merupakan kriteria penerima bantuan bernilai RM600 :
- Warganegara Malaysia;
- Berumur 21 hingga 59 tahun;
- Berstatus bujang / balu / duda / janda (tiada anak);
- Pendapatan individu bawah RM2,500 sebulan;
- Bukan pelajar sepenuh masa IPTA / IPTS;
- Merupakan penerima STR 2024 kategori Bujang; dan
- Berdaftar di bawah e-Kasih sebagai penerima miskin.
SEMAKAN NAMA PENERIMA BANTUAN MYKAD RM600 TERBARU 2024
Ikuti cara semakan nama penerima bantuan Mykad yang bernilai RM600 terbaru seperti berikut :
- Sila klik pada pautan semakan rasmi di sini : https://app.mykasih.net/sara2/checkstatus.
- Klik pada ruangan ‘No.MyKad’.
- Kemudian, masukkan Nombor Kad pengenalan pemohon dengan betul tanpa (-) Contoh : 83XXXXXXXXXX.
- Kemudian, klik pada butang [Semak Status].
- Status penerima akan dipaparkan.
- Selesai.
RUJUKAN
Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi SARA. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib di bawah :
- Talian Bantuan : (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900
PENAFIAN
Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak Kerajaan Malaysia dan juga Kerajaan Negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan Portal Rasmi dari : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/faq/.
Saya hdk bertanya kenapa sy tidak dapat bantuan mykasih sedangkan saya digelongan B 40