BANTUAN MYKAD RM3600 TERBARU 2024 : SEMAK NAMA PENERIMA SEKARANG

BANTUAN MYKAD RM3600 TERBARU 2024 : SEMAK NAMA PENERIMA SEKARANG

Dengan kadar bantuan sebanyak RM3,600, Kerajaan yakin ia dapat membantu sedikit sebanyak isi rumah yang berpendapatan rendah untuk menstabilkan kewangan dan memperkukuhan ekonomi yang semakin mencabar kini.

Bagaimanakah semak nama penerima bantuan mykad rm3600 terbaru? Ikuti penjelasan lebih lanjut di sini.

BACA JUGA : CHECK STATUS PENERIMA BANTUAN EWALLET B40 RM450 TERBARU : SEMAK SEKARANG

PENGENALAN BANTUAN RM3600 TERBARU 2024

Bantuan yang bernilai RM3,600 ini adalah merupakan sebuah inisiatif Bantuan Kehidupan Sejahtera di bawah Kerajaan Negeri Selangor. Ia adalah untuk membantu ketua keluarga memenuhi kelengkapan keperluan asas isi rumah dan perihal pendidikan anak.

KAEDAH PELAKSANAAN BANTUAN RM3600 TERBARU 2024

Pelaksanaan bantuan sebanyak RM3,600 adalah secara berperingkat selama tempoh 12 bulan melalui pengkreditan ke dalam akaun aplikasi e-Wallet ‘SELANGKAH’ dan bukanlah melalui pengkreditan ke dalam Mykad seperti yang ditularkan.

TARIKH KREDIT BANTUAN RM3600 TERBARU 2024

Pengkreditan bantuan sebanyak RM3,600 adalah secara ansur setiap bulan mengikut tarikh yang ditetapkan setelah permohonan diluluskan. Setiap penerima akan menerima bantuan sebanyak RM300 setiap bulan tertakluk kepada tarikh kelulusan penerima.

SYARAT PENERIMA BANTUAN RM3600 TERBARU 2024

Bermula pada 1 Julai 2024, syarat untuk menerima bantuan sebanyak RM3,600 adalah seperti berikut :

  • Penerima mestilah warganegara Malaysia;
  • Pendapatan isi rumah tidak melebihi RM5,000 sebulan;
  • Mempunyai tanggungan minimum dua (2) orang berumur 18 tahun dan ke bawah;
  • Lahir atau menetap di negeri Selangor melebihi 10 tahun; dan
  • Merupakan pemilih berdaftar di Selangor.

SEMAK NAMA PENERIMA BANTUAN MYKAD RM3600 TERBARU 2024

Ikuti cara semakan nama penerima bantuan RM3,600 seperti berikut :

  1. Sila klik pada pautan portal semakan di sini : https://bingkasselangor.com/.
  2. Pada halaman utama, klik pada [Semak Status Permohonan].
  3. Masukkan nombor telefon tanpa (-) contoh : 0123456789.
  4. Kemudian, Masukkan kata laluan yang telah didaftarkan dengan betul.
  5. Seterusnya, klik pada butang [Log Masuk].
  6. Klik pada butang [Semakan Status].
  7. Status penerima akan dipaparkan.
  8. Selesai.

RUJUKAN

Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor. Sekiranya terdapat pertanyaan lanjut, pihak tuan/puan boleh menghubungi Talian hotline : 1-800-22-6600.

PENAFIAN

Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak Kerajaan Malaysia dan juga Kerajaan Negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan Portal Rasmi dari : https://www.bingkasselangor.com/#pengenalan.

Leave a Comment