JAWATAN KOSONG TERKINI UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA : UiTM

JAWATAN KOSONG TERKINI UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA : UiTM

Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Perak, Kampus Tapah dengan ini mempelawa calon-calon Warganegara Malaysia yang berkelayakan dalam bidang-bidang yang berkaitan untuk mengisi kekosongan jawatan sebagai Pembantu Tadbir bertaraf TETAP.

BACA JUGA : JAWATAN KOSONG TERKINI LEMBAGA PEMASARAN PERTANIAN PERSEKUTUAN : FAMA

TARIKH TUTUP PERMOHONAN JAWATAN KOSONG UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA

TARIKH TUTUP PERMOHONAN UiTM
28 DISEMBER 2023 (KHAMIS)

JAWATAN KOSONG YANG DITAWARKAN UiTM

BIL.JAWATANGREDSKIM
PERKHIDMATAN
JADUAL GAJI
1.KERANIN19PEMBANTU TADBIR
(PERKERANIAN/OPERASI)
Minimum : RM1,352.00
Maksimum : RM4,003.00

SYARAT LANTIKAN

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut :

  • Warganegara Malaysia;
  • Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
    • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan
      • (Gaji permulaan ialah pada Gred N19: RM1,352.00); atau
    • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
      • (Gaji permulaan ialah pada Gred N19: RM1,408.40); atau
    • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
    • (Gaji permulaan ialah pada Gred N19: RM1,464.80).
  • Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

SYARAT PENINGKATAN SECARA LANTIKAN

  • Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Bentara Parlimen, Pemandu Kenderaan, Penghantar Notis dan Pembantu Operasi adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk Peningkatan Secara Lantikan ke jawatan Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) Gred N19, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:
    • a. (i) mempunyai kelayakan di perenggan 1(c); atau
    • (ii) lulus Peperiksaan Khas; dan
    • b. had umur pelantikan:
    • (i) berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 55 atau 56 tahun; atau
    • (ii) berumur kurang dari 56 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 58 tahun; atau
    • (iii) berumur kurang dari 58 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 60 tahun.

CARA MEMOHON JAWATAN KOSONG TERKINI UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA

  1. Permohonan hendaklah dibuat menggunakan Borang Perjawatan Universiti Teknologi MARA (BORANG PERJAWATAN UiTM 76/13 (III) Pindaan 8/2007) yang boleh didapati sendiri di Bahagian Pentadbiran, Universiti Teknologi MARA Cawangan Perak Kampus Tapah atau boleh juga diperolehi dengan melayari laman sesawang UiTM Cawangan Perak di https://perak.uitm.edu.my/index.php; atau (Muat Turun Di Sini).
  2. Setiap permohonan MESTILAH disertai bersama SALINAN dokumen berikut yang telah DISAHKAN:
    • Kad Pengenalan
    • Sijil Kelahiran
    • Sijil SRP/PMR/PT3, SPM/MCE, HSC/STPM atau setaraf
    • Sijil Diploma, Ijazah Sarjana Muda, Sarjana, PhD (Skrol dan Trankskrip Akademik Terperinci)
    • Surat Pengiktirafan Kelayakan Akademik daripada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA)
    • Surat Pengesahan Perkhidmatan dari majikan sedia ada/terdahulu untuk mengambil kira pengalaman
      kerja/penetapan gaji
    • Salinan Kenyataan Perkhidmatan yang dikemas kini (bagi kakitangan kerajaan/Badan
      Berkanun/separa kerajaan yang sedang berkhidmat).
  3. Nama jawatan yang dipohon hendaklah dinyatakan di penjuru atas sebelah kiri sampul surat permohonan.
  4. Permohonan dari mereka yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan atau Badan-Badan Berkanun MESTILAH MELALUI KETUA JABATAN dan hendaklah disertakan dengan SALINAN KENYATAAN PERKHIDMATAN YANG DIKEMAS KINI.
  5. Permohonan HENDAKLAH DIHANTAR ke alamat seperti di bawah :
ALAMAT PERMOHONAN
PENOLONG PENDAFTAR KANAN
BAHAGIAN PENTADBIRAN
UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA CAWANGAN PERAK
KAMPUS TAPAH
35400 TAPAH ROAD
PERAK DARUL RIDZUAN

CATATAN AM JAWATAN KOSONG UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA

  1. Satu pemohon hanya boleh memohon untuk SATU JAWATAN yang diiklankan sahaja.
  2. Borang yang tidak lengkap dan permohonan calon dari jabatan kerajaaan/badan berkanun/separa kerajaan yang tidak memohon melalui majikan tidak akan diproses.
  3. Hanya pemohon-pemohon yang layak dan disenarai pendek akan dipanggil untuk temu duga.
  4. Pemohon-pemohon yang tidak menerima jawapan selepas enam (6) bulan dari tarikh tutup iklan adalah dianggap tidak berjaya.
  5. Pemohon-pemohon mestilah bersedia untuk berkhidmat di Universiti Teknologi MARA Cawangan Perak.

MAKLUMAT LANJUT

Pihak kami hanya sekadar berkongsi maklumat jawatan kosong di atas sahaja. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila rujuk pihak berwajib seperti di bawah berikut :

  • NO.TEL: (05) 4067000

Leave a Comment