BANTUAN TUNAI SARA HIDUP DALAM MYKAD RM450 2024 : SEMAK NAMA PENERIMA SEKARANG

BANTUAN TUNAI SARA HIDUP DALAM MYKAD RM450 2024 : SEMAK NAMA PENERIMA SEKARANG

Segala Bantuan Sara Hidup yang disumbangkan secara tunai sepanjang tahun ini adalah bertujuan untuk membantu rakyat menghadapi isu peningkatan kos sara hidup dan bagi mengurangkan cabaran ekonomi bagi sesebuah keluarga yang berpendapatan rendah.

Bagaimanakah semakan penerima bantuan tunai sara hidup dalam mykad rm450? Ikuti penjelasan lebih lanjut di sini.

BACA JUGA : BANTUAN EWALLET B40 RM300 TERBARU : SEMAK NAMA PENERIMA SEKARANG

JENIS PENGKREDITAN BANTUAN SARA HIDUP RM450 2024

Pengkreditan Bantuan Sara Hidup adalah terbahagi kepada dua (2) jenis, iaitu :

  1. Kredit melalui akaun MyKad penerima; dan
  2. Kredit melalui akaun SELANGKAH.

KADAR AMAUN PENGKREDITAN BANTUAN TUNAI SARA HIDUP DALAM MYKAD 2024

Amaun Bantuan Sara Hidup yang dikreditkan adalah seperti berikut :

JENIS KREDITKADAR AMAUN
BANTUAN
Dalam akaun MyKadRM100 (Isi Rumah)
RM50 (Bujang)
Dalam akaun SELANGKAHRM300

JUMLAH PENERIMA BANTUAN TUNAI SARA HIDUP 2024

Berikut merupakan jumlah penerima Bantuan Tunai Sara Hidup bagi tahun 2024 :

JENIS BANTUANJUMLAH PENERIMA
Bantuan Dalam Mykad
(RM100 & RM50)
700,000
Bantuan Dalam Selangkah
(RM300)
30,000

SEMAKAN PENERIMA BANTUAN TUNAI SARA HIDUP DALAM MYKAD RM450 2024

Untuk mengetahui kelayakan, sila ikuti cara semakan di dua (2) laman yang berbeza seperti berikut :

  • Cara Semakan Penerima Bantuan MyKad (RM150) :
  1. Sila klik pada pautan semakan di sini : https://mykasih.com.my/.
  2. Pada halaman utama tersebut, sila klik pada [SEMAK STATUS].
  3. Masukkan Nombor Kad pengenalan pemohon dengan betul tanpa (-) Contoh : 83XXXXXXXXXX.
  4. Kemudian, klik pada butang [Semak Status].
  5. Status penerima akan dipaparkan.
  6. Selesai.
  • Cara Semakan Penerima Bantuan MyKad (RM300) :
  1. Sila klik pada pautan semakan di sini : https://bingkasselangor.com/.
  2. Pada halaman utama, klik pada [Semak Status Permohonan].
  3. Masukkan nombor telefon tanpa (-) contoh : 0123456789.
  4. Kemudian, Masukkan kata laluan yang telah didaftarkan dengan betul.
  5. Seterusnya, klik pada butang [Log Masuk].
  6. Klik pada butang [Semakan Status].
  7. Status penerima akan dipaparkan.
  8. Selesai.

RUJUKAN

Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi MyKASIH & BINGKAS. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib di bawah :

  • Talian Bantuan MyKAD : 03 7720 1800 / 03 7720 1900
  • Talian Bantuan BINGKAS : 1800 22 6600

PENAFIAN

Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak Kerajaan Malaysia dan juga Kerajaan Negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan Portal Rasmi dari : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/faq/ & https://www.bingkasselangor.com/#pengenalan

Leave a Comment