JAWATAN KOSONG TERKINI ANM : JABATAN AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA
Jabatan Akauntan Negara Malaysia (ANM) ingin mempelawa Warganegara Malaysia yang berkelayakan serta berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup permohonan untuk mengisi kekosongan jawatan sebagai Penolong Akauntan Gred W29.
BACA JUGA : JAWATAN KOSONG TERKINI SPP : SURUHANJAYA PERKHIDMATAN PENDIDIKAN
TARIKH TUTUP PERMOHONAN
TARIKH TUTUP PERMOHONAN ANM |
---|
26 DISEMBER 2023 (SELASA) |
JAWATAN KOSONG TERKINI ANM
BIL. | JAWATAN | GRED | PENEMPATAN |
---|---|---|---|
1. | PENOLONG AKAUNTAN (KEWANGAN) | W29 | SABAH / SARAWAK |
SYARAT LANTIKAN WAJIB ANM
Calon-calon lantikan hendaklah memenuhi syarat kelayakan seperti di bawah berikut :
- Warganegara Malaysia; dan
- Berumur tidak kurang 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.
SYARAT LANTIKAN JAWATAN TERKINI ANM
- Kelayakan Masuk : Sijil Politeknik
- Bidang/Kelayakan Khusus : sijil dalam bidang pengajian perniagaan atau penyimpan kira yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada politeknik tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
- Gaji Permulaan : W29: RM1,510.92; atau
- Kelayakan Masuk : Kelayakan ikhtisas
- Bidang/Kelayakan Khusus : Certified Accounting Technician (CAT) yang diiktiraf oleh Kerajaan.
- Gaji Permulaan : W29: RM1,510.92; atau
- Kelayakan Masuk : Diploma
- Bidang/Kelayakan Khusus : diploma dalam bidang pengajian perniagaan, kewangan, perbankan atau perakaunan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
- Gaji Permulaan : W29: RM1,776.08; atau
- Kelayakan Masuk : Badan Profesional
- Bidang/Kelayakan Khusus : Licentiate of The Chartered Institute of Secretaries and Administrators of United Kingdom dalam bidang kewangan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
- Gaji Permulaan : W29: RM2,001.68.
Syarat Bahasa Melayu : Kepujian di peringkat SPM/SVM
RINGKASAN DESKRIPSI TUGAS
- Bertanggungjawab membantu melaksanakan sistem perakaunan kerajaan mengikut prosedur dan peraturan yang berkaitan.
*SILA RUJUK IKLAN PENUH JAWATAN DI SINI : SABAH / SARAWAK.
CARA MEMOHON JAWATAN KOSONG ANM
- Pemohonan Jawatan hendaklah dilakukan di Portal Rasmi SPA9i; atau klik pautan di sini : https://spa9.spa.gov.my/.
- Sila klik pada [Pendaftaran Baru] sekiranya anda belum pernah berdaftar pada Portal SPA9i.
- Isikan semua maklumat yang diperlukan dengan lengkap dan betul.
- Pilih jawatan yang anda ingin pohon.
- Tandakan pada bahagian [Perakuan].
- Klik [Hantar].
- Permohonan anda berjaya dihantar.
- Selesai.
*Hanya calon yang telah memperoleh sijil / diploma yang diiktiraf dan disahkan oleh senat / jawatankuasas berkaitan pada atau sebelum tarikh tutup iklan sahaja layak memohon selaras dengan syarat skim perkhidmatan.
MAKLUMAT LANJUT
Pihak kami hanya sekadar berkongsi maklumat berkaitan jawatan kosong terkini sahaja. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan/soalan berkaitan jawatan di atas, sila rujuk pihak berwajib seperti di bawah berikut :
- Alamat : Jabatan Akauntan Negara Malaysia, Aras 1-8, Kompleks Kementerian Kewangan, No. 1, Persiaran Perdana, Presint 2, 62594 Putrajaya.
- Tel : 03-8882 1000
- Faks : 03-8882 1042
- Emel : [email protected]