BANTUAN MYKAD 1200 TERBARU 2024 : SEMAK KELAYAKAN SEKARANG

BANTUAN MYKAD 1200 TERBARU 2024 : SEMAK KELAYAKAN SEKARANG

Setelah penerima daripada alamat Semenanjung Malaysia diluluskan dan didaftarkan, akaun akan dibuka berdasarkan MyKad penerima dalam sistem di mana elaun bantuan akan disimpan. Penerima akan menerima elaun sehingga RM1,200 melalui MyKad sepanjang tahun.

Bagaimanakah semak kelayakan bantuan mykad 1200 terbaru? Ikuti penjelasan lebih lanjut di sini.

BACA JUGA : BANTUAN TUNAI STR FASA 3 : SEMAK TARIKH RASMI BAYARAN SEKARANG

APAKAH KEGUNAAN BANTUAN MYKAD 2024

Bantuan yang disalurkan ke dalam MyKad boleh digunakan untuk :

  • Pembelian barang dapur;
  • Pembelian ubat-ubatan; dan
  • Pembelian keperluan persekolahan.

DIMANAKAH BOLEH MENGGUNAKAN BANTUAN MYKAD TERBARU 2024

Bantuan dalam Mykad boleh digunakan di mana-mana 600 rakan runcit di seluruh negara termasuk Mydin, Giant, Econsave, The Store, Pacific, Milimewa, 99 Speedmart, Lotus Stores (Tesco), Lulu Supermarket, serta pasar raya dan pasar mini bebas yang berhampiran.

BILAKAH BOLEH MENGGUNAKAN BANTUAN MYKAD 1200 2024

Apabila penerima telah disahkan layak, bantuan akan dikreditkan terus bermula pada tarikh 22 dan 29 Januari 2024 dan pada bulan seterusnya setiap 1 hari bulan sehinggakan pengkreditan akhir pada 1 Disember 2024 dan perlu dihabiskan sebelum 31 Disember 2024.

SEMAK KELAYAKAN BANTUAN MYKAD 1200 TERBARU 2024

Ikuti cara semakan kelayakan bantuan MyKad yang terbaru seperti berikut :

  1. Sila layari laman semakan rasmi di sini : https://app.mykasih.net/sara2/checkstatus.
  2. Masukkan Nombor Kad pengenalan pemohon dengan betul tanpa (-) Contoh : 83XXXXXXXXXX.
  3. Seterusnya, masukkan Kod Captcha yang betul berdasarkan imej yang diberikan.
  4. Kemudian, klik pada butang [Semak Status].
  5. Status penerima akan dipaparkan.
  6. Selesai.

RUJUKAN

Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi SARA. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib di talian : (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900.

PENAFIAN

Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak Kerajaan Malaysia dan juga Kerajaan Negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan Portal Rasmi dari : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/.

Leave a Comment