PERMOHONAN BANTUAN EWALLET TERBARU RM300 SETIAP BULAN UNTUK BELI BARANG DAPUR 2024 : SEMAK KELAYAKAN SEKARANG
Bagi menjamin kecukupan barangan keperluan dapur khususnya untuk rakyat yang kurang kemampuan, kerajaan menyediakan bantuan yang terbaru disalurkan melalui e-Wallet setiap bulan sebanyak RM300 untuk pembelian barang dapur.
Bagaimanakah permohonan bantuan ewallet terbaru rm300 setiap bulan untuk beli barang dapur? Ikuti penjelasan lebih lanjut di sini.
BACA JUGA : CHECK STATUS PENERIMA BANTUAN MYKAD TERBARU RM400 SETIAP BULAN : SEMAK KELAYAKAN SEKARANG
TARIKH PERMOHONAN BANTUAN EWALLET TERBARU RM300 SETIAP BULAN 2024
Kerajaan Negeri telah mengumumkan bahawa permohonan bantuan e-Wallet yang terbaru dibuka bermula pada 5 Julai 2024 (Jumaat) sehingga 15 Ogos 2024 (Khamis). Namun, tarikh tutup permohonan bakal diumumkan sekiranya kouta permohonan telah penuh.
KELEBIHAN MEMOHON BANTUAN EWALLET TERBARU RM300 SETIAP BULAN 2024
Terdapat beberapa kelebihan memohon bantuan e-Wallet yang terbaru, antaranya ialah :
- Boleh digunakan di lebih 200 kedai terpilih;
- Penggunaan secara tanpa tunai (cashless);
- Boleh digunakan untuk membeli barangan dapur dan keperluan lain;
- Had pembelian sehingga RM300 setiap bulan;
- Pengkreditan adalah secara automatik setiap bulan.
PENGGUNAAN BANTUAN EWALLET TERBARU UNTUK BELI BARANG DAPUR 2024
Setelah selesai memilih barangan dapur yang ingin dibeli, juruwang akan mengimbas setiap barangan dan penerima bantuan perlu membuka akaun e-Wallet (Selangkah) dan menekan butang ‘Bayar’. Kemudian, juruwang akan mengimbas kod QR yang tertera pada akaun e-Wallet penerima.
KELAYAKAN PEMOHON BANTUAN EWALLET TERBARU RM300 SETIAP BULAN 2024
Bermula pada 1 Julai 2024, kelayakan pemohon terbaru ditetapkan seperti berikut :
- Warganegara Malaysia;
- Tiada had umur;
- Pendapatan isi rumah RM5,000 dan ke bawah;
- Mempunyai tanggungan minimun dua (2) orang berusia 18 tahun ke bawah;
- Lahir atau menetap di Selangor lebih 10 tahun; dan
- Pemilih berdaftar di Selangor.
PERMOHONAN BANTUAN EWALLET TERBARU RM300 SETIAP BULAN UNTUK BELI BARANG DAPUR 2024
Ikuti cara permohonan bantuan e-Wallet yang terbaru melalui laman sesawang bantuan seperti berikut :
- Sila layari laman sesawang bantuan di sini : https://www.bingkasselangor.com/.
- Pada halaman utama, sila klik pada [Daftar Sekarang].
- Kemudian, klik pada butang [Daftar Akaun Selangkah Baru] di bawah.
- Masukkan nombor telefon mengikut format, contoh : 0123456789.
- Klik butang [Teruskan].
- Isikan segala butiran peribadi yang diperlukan dengan betul.
- Seterusnya, klik pada butang [Daftar].
- Setelah pendaftaran berjaya, sila [Log Masuk] mengikut akaun yang didaftarkan.
- Kemudian, tekan butang [Buat Permohonan].
- Masukkan segala maklumat peribadi yang diperlukan dan tekan butang [Hantar].
- Pada bahagian butiran anak, sila klik [Tambah Anak] untuk mengisi maklumat tentang anak dan tekan [Hantar].
- Tandakan pada kotak yang berkenaan dan tekan butang [Hantar].
- Klik [Choose File] untuk memuat naik dokumen yang diperlukan (mengikut format jpeg. dan pdf) dan tekan [Hantar].
- Tandakan pada kotak persetujuan [/].
- Seterusnya, klik butang [Hantar].
- ‘Permohonan telah berjaya’.
- Selesai.
*Nota : Setelah permohonan berjaya dilakukan, pemohon perlu memuat turun aplikasi ‘Selangkah’ dan mengaktifkan akaun e-Wallet.
RUJUKAN
Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi BINGKAS. Sekiranya terdapat pertanyaan lanjut, pihak tuan/puan boleh menghubungi Talian hotline : 1-800-22-6600.
PENAFIAN
Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak Kerajaan Malaysia dan juga Kerajaan Negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan Portal Rasmi dari : https://www.bingkasselangor.com/soalan-lazim.