SEMAKAN NAMA PENERIMA BANTUAN MYKAD RM150 PEMBELIAN KEPERLUAN ASAS 2024 : CHECK SEKARANG

SEMAKAN NAMA PENERIMA BANTUAN MYKAD RM150 PEMBELIAN KEPERLUAN ASAS 2024 : CHECK SEKARANG

Perbelanjaan untuk barangan keperluan asas setiap individu pastinya melebihi kemampuan oleh kerana harga barangan yang tidak menentu. Sejajar dengan itu, kerajaan telah mewujudkan bantuan untuk menampung kos perbelanjaan keperluan asas melalui pengkreditkan ke dalam Mykad.

Bagaimanakah semakan nama penerima bantuan mykad rm150 pembelian keperluan asas? Ikuti penjelasan lebih lanjut di sini.

BACA JUGA : CHECK STATUS PENERIMA BANTUAN 150 MYKAD TERBARU : SEMAK SEKARANG

CARA PEMBELIAN KEPERLUAN ASAS DENGAN BANTUAN MYKAD RM150 2024

Hanya penerima yang layak boleh menggunakan Mykad untuk pembelian keperluan asas seperti berikut :

  1. Penerima perlu mengunjungi kedai terpilih yang berhampiran;
  2. Kemudian, pilih barangan keperluan asas yang ingin dibeli mengikut kategori tersenarai di bawah bantuan;
  3. Di kaunter, penerima perlu menunjukkan Mykad kepada juruwang untuk pengesahan penerima bantuan;
  4. Juruwang akan mengimbas setiap barangan yang mengikut kategori;
  5. Penerima perlu memasukkan 6-digit nombor PIN Mykad untuk pengesahan bayaran;
  6. Resit bayaran akan diberikan untuk semakan baki.

*Nota : Sekiranya pembelian melebihi amaun bantuan, penerima perlu membayarnya secara tunai.

AMAUN KELAYAKAN PENERIMA BANTUAN MYKAD RM150 PEMBELIAN KEPERLUAN ASAS 2024

Setiap penerima akan menerima amaun bantuan dalam Mykad yang berbeza mengikut kelayakan seperti berikut :

  • Kategori Isi Rumah :
KELAYAKAN PENERIMAAMAUN BANTUAN MYKAD
BerpasanganRM100
Ibubapa TunggalRM100
  • Kategori Bujang :
KELAYAKAN PENERIMAAMAUN BANTUAN MYKAD
Umur 21 hingga 59 tahunRM50
Umur 60 tahun ke atasRM100

SENARAI BARANGAN KEPERLUAN ASAS DI BAWAH BANTUAN MYKAD 2024

Hanya barangan keperluan asas yang disenaraikan di bawah sahaja boleh dibeli menggunakan bantuan dalam Mykad :

  1. Beras : Jasmine / Jati, Bernas / Faiza / Cap Rambutan dan sebagainya.
  2. Roti : Gardenia / Massimo / Mighty White.
  3. Telur : Nutriplus / QL eggs / CP.
  4. Minyak Masak : Sri Murni / Saji / Alif / Daisy / Buruh / Knife / Vesawit.
  5. Tepung : Cap Sauh / Cap Lili / Faiza / Cap Ros / BlueKey.
  6. Biskut : Julies, Tiger / Munchys / Chipsmore / Jacobs / Hwa Tai / Hup Seng.
  7. Mi segera : Indo Mie / Mamee / Maggi / Cintan / Mi Sedap.
  8. Minuman : Tea Boh / Milo / Dutch Lady / F&N / Nescafe / Horlicks / Vico / Marigold / Quacker / Fernleaf.
  9. Makanan dalam tin : Ayam Brand / Yoes, Adabi / Kimball / Tc Boy / King Cup.
  10. Bahan perasa : Sos Puteri / Kimball / Life / Jalen / Cap Kipas Udang / Tamin / Maggi / Faiza / Planta.
  11. Produk kebersihan : Colgate / Dettol / Kotex.
  12. Ubat-ubatan : Prospan / Hurix’s / Panadol / Sterimar / Difflam.
  13. Barangan persekolahan : Bata / Canggih / Stabilo / Faber-Castell / Staedtler.

SEMAKAN NAMA PENERIMA BANTUAN MYKAD RM150 PEMBELIAN KEPERLUAN ASAS 2024

Ikuti cara semakan nama penerima bantuan Mykad untuk pembelian keperluan asas seperti berikut :

PAUTAN RASMI SEMAKAN BANTUAN MYKAD
https://app.mykasih.net/sara2/checkstatus
  1. Sila klik pada pautan rasmi semakan di atas.
  2. Kemudian, sila masukkan nombor Mykad pada ruangan yang disediakan.
  3. Klik pada butang [Semakan Status] di bawah.
  4. Status penerima yang layak akan dipaparkan mengikut jumlah kelayakan.
  5. Klik butang [Kembali].
  6. Selesai.

RUJUKAN

Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi MySARA. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib di talian : 03 7720 1800 / 03 7720 1900 atau e-melkan ke : [email protected]

PENAFIAN

Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak Kerajaan Malaysia dan juga Kerajaan Negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan Portal Rasmi dari : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/faq/.

Leave a Comment