SEMAKAN NAMA PENERIMA BANTUAN E WALLET RM300 PEMBELIAN KEPERLUAN ASAS 2024 : CHECK SEKARANG

SEMAKAN NAMA PENERIMA BANTUAN E WALLET RM300 PEMBELIAN KEPERLUAN ASAS 2024 : CHECK SEKARANG

Bantuan e-Wallet RM300 ialah Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor atau ringkasnya BINGKAS. Kerajaan Negeri Selangor menyasarkan sebanyak 30,000 buah keluarga dengan memberikan bantuan sebanyak RM300 setiap bulan untuk pembelian barangan keperluan asas serta peralatan pendidikan.

Bagaimanakah semakan nama penerima bantuan ewallet rm300 pembelian keperluan asas 2024? Ikuti penjelasan lanjut di sini.

BACA JUGA : SEMAKAN NAMA PENERIMA BANTUAN MY KASIH RM1200 : CHECK SEKARANG

KELEBIHAN BANTUAN E WALLET RM300

Berikut adalah beberapa kelebihan Bantuan e-Wallet RM300 untuk rakyat :

  • E-wallet boleh digunakan di kedai dan pasaraya yang berdaftar berdaftar;
  • Urusniaga dilaksanakan tanpa tunai (hanya perlu scan sahaja);
  • Had bulanan pembelian keperluasan asas sebanyak RM300;
  • Baki nilai bagi bulan terdahulu tidak akan dibawa ke bulan hadapan; dan
  • e-Wallet BINGKAS akan ditambah nilai ke tahap RM300 setiap bulan secara automatik.

KELAYAKAN PENERIMA BANTUAN E WALLET RM300 PEMBELIAN KEPERLUAN ASAS 2024

Syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan untuk penerima bantuan e-Wallet ini adalah seperti berikut :

  • Warganegara Malaysia;
  • Keluarga yang mempunyai anak / tanggungan berusia 18 tahun ke bawah;
  • Pendapatan isi rumah di bawah RM3,000 sebulan;
  • Lahir atau menetap di Selangor melebihi 10 tahun; dan
  • Pemilih berdaftar di Negeri Selangor.

SENARAI BARANGAN KEPERLUAN ASAS

Berikut adalah senarai barangan keperluan asas yang diluluskan untuk pembelian dengan menggunakan bantuan e-Wallet RM300 (BINGKAS) :

  1. Beras.
  2. Mi dan Bihun.
  3. Roti.
  4. Biskut.
  5. Telur.
  6. Gula dan garam.
  7. Rempah ratus, sos, kicap dan sebagainya.
  8. Tepung.
  9. Minyak masak.
  10. Ubat-ubatan.
  11. Sayur-sayuran dan buah-buahan.
  12. Daging ayam, lembu, kambing dan ikan.
  13. Sabun, kelengkapan mandian dan bahan pencuci.
  14. Lampin pakai buang (bayi / dewasa).
  15. Produk tenusu (susu segar, susu tepung, susu sejat dan susu pekat manis).
  16. Barangan persekolahan (beg, kasut, buku, alatulis, pakaian seragam, dan sebagainya).
  17. Perihal pendidikan (buku-buku ilmiah / akademik).

SEMAKAN NAMA PENERIMA BANTUAN E WALLET RM300 PEMBELIAN KEPERLUAN ASAS 2024

Berikut adalah cara semakan Bantuan e-Wallet RM300 pada portal Rasmi BINGKAS seperti di bawah :

PAUTAN PORTAL RASMI BINGKAS
https://www.bingkasselangor.com/
  1. Untuk semakan, klik pada pautan Portal Rasmi BINGKAS di atas.
  2. Kemudian, pada halaman BINGKAS sila klik pada [Log Masuk].
  3. Masukkan Nombor Telefon anda yang telah berdaftar dengan aplikasi SELANGKAH.
  4. Masukkan juga kata laluan anda yang betul.
  5. Pergi ke bahagian semakan.
  6. Selesai.

RUJUKAN

Segala yang kami kongsikan di atas adalah berdasarkan Portal Rasmi BINGKAS. Pihak kami hanya sekadar berkongsi berkaitan bantuan di atas sahaja untuk memudahkan anda membuat carian. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau masalah berkaitan bantuan tersebut, sila rujuk pihak berwajib BINGKAS di sini : https://www.bingkasselangor.com/ . Semoga bermanfaat, terima kasih.

1 thought on “SEMAKAN NAMA PENERIMA BANTUAN E WALLET RM300 PEMBELIAN KEPERLUAN ASAS 2024 : CHECK SEKARANG”

Leave a Comment