SEMAKAN NAMA PENERIMA BANTUAN 1800 2024 : CHECK SEKARANG

SEMAKAN NAMA PENERIMA BANTUAN 1800 2024 : CHECK SEKARANG

Sasaran kerajaan dalam memperuntukan pelbagai bantuan bagi tahun ini adalah untuk membantu meringankan bebanan dalam menstabilkan kewangan rakyat yang berpendapatan rendah dan sekaligus dapat meningkatkan kualiti hidup rakyat.

Bagaimanakah semakan nama penerima bantuan 1800? Ikuti penjelasan lebih lanjut di sini.

BACA JUGA : CARA MEMOHON BANTUAN EKASIH RM150 SEBULAN : DAFTAR SEKARANG

PENGENALAN BANTUAN 1800 2024

Bantuan yang berjumlah RM1,800 adalah merupakan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) yang diperuntukan sebagai bantuan tambahan kepada penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR). Namun, bantuan ini disalurkan secara berperingkat sepanjang tahun bagi memenuhi keperluan rakyat.

BILANGAN PENERIMA BANTUAN 1800 2024

Kerajaan telah meluaskan bilangan penerima bagi tahun ini sehingga menjadikan peruntukan meningkat sebanyak lima (5) kali ganda. Seramai lebih 700,000 ribu bilangan penerima yang disahkan berkelayakan menerima bantuan ini sepanjang tahun.

CARA PELAKSANAAN BANTUAN 1800 2024

Pelaksanaan bantuan ini adalah melalui dua (2) cara yang berbeza seperti berikut :

  1. Secara tanpa tunai melalui MyKad penerima; dan
  2. Secara tunai melalui akaun bank penerima.

KADAR PENYALURAN BANTUAN 1800 2024

Penyaluran bantuan adalah mengikut kelayakan yang ditetapkan oleh kerajaan iaitu bagi isi rumah dan warga emas akan menerima bantuan sebanyak RM1,200 setahun, manakala bagi penerima bujang pula akan menerima RM600 setahun.

SEMAKAN NAMA PENERIMA BANTUAN 1800 2024

Ikuti cara semakan nama penerima bantuan RM1,800 seperti berikut :

  1. Sila layari laman semakan rasmi SARA di sini : https://app.mykasih.net/sara2/checkstatus.
  2. Masukkan Nombor Kad pengenalan pemohon dengan betul tanpa (-) Contoh : 83XXXXXXXXXX.
  3. Seterusnya, masukkan Kod Captcha yang betul berdasarkan imej yang diberikan.
  4. Kemudian, klik pada butang [Semak Status].
  5. Status penerima akan dipaparkan.
  6. Selesai.

RUJUKAN

Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi SARA. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib di talian : (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900.

PENAFIAN

Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak Kerajaan Malaysia dan juga Kerajaan Negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan Portal Rasmi dari : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/.

Leave a Comment