PERMOHONAN TERKINI BANTUAN MYKASIH DALAM MYKAD RM900 2024 : SEMAK KELAYAKAN DAN DAFTAR SEKARANG
Secara umumnya, program bantuan MyKasih telah diperkenalkan sebagai bantuan tambahan yang disalurkan ke dalam MyKad penerima sepanjang tahun bagi memenuhi keperluan isi rumah dan juga golongan bujang dengan nilai sehingga RM900.
Bagaimanakah permohonan terkini bantuan mykasih dalam mykad rm900? Ikuti penjelasan lebih lanjut di sini.
BACA JUGA : BANTUAN EWALLLET B40 TERBARU RM350 : SEMAK PENERIMA SEKARANG
KAEDAH PENYALURAN BANTUAN MYKASIH DALAM MYKAD 2024
Setelah penerima daripada alamat Semenanjung Malaysia diluluskan dan didaftarkan MyKasih, akaun akan dibuka berdasarkan MyKad penerima dalam sistem MyKasih di mana elaun perbelanjaan akan disimpan. Penerima akan menerima elaun bulanan melalui MyKad untuk membeli barang keperluan asas terpilih.
KADAR PENYALURAN BANTUAN MYKASIH DALAM MYKAD RM900 2024
Penyaluran bantuan MyKasih ke dalam MyKad adalah secara berperingkat seperti berikut :
BIL. | PERINGKAT | KADAR BANTUAN UNTUK ISI RUMAH | KADAR BANTUAN UNTUK BUJANG |
---|---|---|---|
1. | Pertama | RM100 | RM50 |
2. | Kedua | RM100 | RM50 |
3. | Ketiga | RM100 | RM50 |
4. | Ke-empat | RM100 | RM50 |
5. | Ke-lima | RM100 | RM50 |
6. | Ke-enam | RM100 | RM50 |
JUMLAH | RM600 | RM300 |
KRITERIA KELAYAKAN PEMOHON BANTUAN MYKASIH DALAM MYKAD RM900 2024
Terhad kepada yang menetapi kriteria kelayakan yang ditetapkan seperti berikut :
- Warganegara Malaysia;
- Berlamat atau menetapi di negeri-negeri Semenanjung Malaysia;
- Berpendapatan bawah RM2,500 sebulan;
- Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2024 kategori Isi Rumah, Bujang dan Warga Emas Tiada Pasangan; dan
- Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar / Miskin eKasih dalam rekod data eKasih di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU, JPM).
PERMOHONAN TERKINI BANTUAN MYKASIH DALAM MYKAD RM900 2024
Ikuti cara permohonan terkini bantuan MyKasih dalam MyKad seperti berikut :
- Sila layari portal rasmi Permohonan di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
- Kemudian, klik butang [Permohonan Baharu].
- Lengkapkan Maklumat Pemohon.
- Klik butang [TERUSKAN] setelah semua maklumat diisi dengan lengkap.
- Seterusnya isi Kod Captcha seperti yang dipaparkan pada menu Pengesahan dan klik butang [Sahkan Captcha].
- Sila pastikan maklumat yang dipaparkan adalah tepat dan sila tick [/] butang berikut.
- Klik butang [Hantar] bagi meneruskan permohonan.
- Setelah permohonan berjaya dihantar, anda akan dipaparkan ‘Permohonan telah berjaya dihantar’.
- Selesai.
*Nota : Pemohon juga perlu mendaftar dengan e-Kasih dengan menghadirkan diri ke Pejabat Pembangunan Negeri (PPN) atau Pejabat Daerah atau menerusi talian e-Kasih mengikut negeri.
RUJUKAN
Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi MyKASIH. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib di bawah :
- Laman Bantuan : https://mykasih.com.my/contact-us/.
- Talian Bantuan : (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900
- Alamat E-mel: [email protected]
PENAFIAN
Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak Kerajaan Malaysia dan juga Kerajaan Negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan Portal Rasmi dari : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/faq/.