BANTUAN EWALLET RM300 SETIAP BULAN UNTUK PEMBELIAN BARANGAN KEPERLUAN ASAS TELAH DIBUKA 2024 : MOHON ONLINE SEKARANG
Dengan pendapatan yang minimum, pastinya rakyat akan mengalami kesukaran untuk memenuhi keperluan asas. Oleh itu, kerajaan memujudkan bantuan yang disalurkan menerusi aplikasi e-Wallet khas untuk pembelian barangan keperluan asas setiap bulan sebanyak RM300.
Bagaimanakah cara mohon online bantuan ewallet rm300 setiap bulan untuk pembelian barangan keperluan asas telah dibuka 2024? Ikuti penjelasan lebih lanjut di sini.
BACA JUGA : CHECK BANTUAN MYKAD RM150 SETIAP BULAN : SEMAK KELAYAKAN SEKARANG
TARIKH MOHON BANTUAN EWALLET RM300 SETIAP BULAN TELAH DIBUKA 2024
Permohonan telah dibuka pada tarikh :
TARIKH MOHON BANTUAN EWALLET RM300 |
---|
Bermula 5 Julai 2024 hingga 15 Ogos 2024 |
TEMPOH KELULUSAN BANTUAN EWALLET RM300 SETIAP BULAN UNTUK PEMBELIAN BARANGAN KEPERLUAN ASAS 2024
Pemohon perlu menunggu kelulusan mengikut tempoh yang ditetapkan, iaitu :
TEMPOH LULUS PERMOHONAN BANTUAN EWALLET RM300 |
---|
Selama 14 hari dari tarikh permohonan |
SENARAI BARANGAN KEPERLUAN ASAS BOLEH DIBELI MENGGUNAKAN BANTUAN EWALLET
Hanya barangan keperluan asas yang disenaraikan di bawah boleh dibeli dengan menggunakan bantuan dalam e-Wallet :
- Beras.
- Mi dan Bihun.
- Roti.
- Biskut.
- Telur.
- Gula dan Garam.
- Rempah ratus, Sos, Kicap dan sebagainya.
- Tepung.
- Minyak masak.
- Sayuran dan buah-buahan.
- Daging ayam, lembu dan, kambing dan ikan.
- Produk tenusu – susu segar, susu tepung, susu sejat dan susu pekat manis.
- Ubat-ubatan
- Sabun, kelengkapan mandian dan bahan pencuci.
- Lampin pakai buang.
- Barangan persekolahan – kasut, beg, buku alat tulis, pakaian seragam dan sebagainya.
- Perihal pendidikan – buku sekolah / akademik.
CARA MENGGUNAKAN BANTUAN EWALLET UNTUK PEMBELIAN BARANGAN KEPERLUAN ASAS 2024
Setelah disahkan lulusan, penerima boleh menggunakan bantuan untuk pembelian barangan keperluan asas mengikut cara seperti berikut :
- Kunjungi kedai terpilih berhampiran (Rujuk panel kedai di sini : https://www.bingkasselangor.com/senarai-kedai).
- Kemudian, pilih barangan yang ingin dibeli mengikut senarai di atas.
- Di kaunter, juruwang akan mengimbas setiap barangan.
- Penerima perlu membuka akaun e-Wallet dan tekan pada [Bayar].
- Juruwang akan mengimbas kod QR yang tertera untuk menerima bayaran.
DOKUMEN SOKONGAN YANG DIPERLUKAN UNTUK MOHON BANTUAN EWALLET RM300 SETIAP BULAN 2024
Dokumen-dokumen sokongan berikut perlu disertakan untuk memohon bantuan e-Wallet ini :
- Salinan Kad Pengenalan (Permohon dan/atau Pasangan);
- Salinan Kad Pengenalan, MyKid atau Surat Kelahiran / Sijil Anak Angkat / Kad OKU / Pengesahan Belajar daripada IPTA atau IPTS (Anak-anak / Tanggungan);
- Salinan Sijil Kematian / Perceraian / Laporan Polis (untuk bapa/ibu tunggal);
- Salinan Slip Gaji / Pencen Terkini (untuk penjawat awam / pesara);
- Salinan Penyata EA atau KWSP (untuk pekerja swasta);
- Pengesahan Penyata Pendapatan daripada Ketua Komuniti seperti ADUN / Penghulu / Ahli Majlis / Ketua Kampung (bagi yang bekerja sendiri / tidak bekerja).
CARA MOHON BANTUAN EWALLET RM300 SETIAP BULAN UNTUK PEMBELIAN BARANGAN KEPERLUAN ASAS 2024
Ikuti cara memohon bantuan e-Wallet untuk pembelian barangan keperluan asas secara online seperti berikut :
- Sila layari Portal Rasmi BINGKAS di sini : https://www.bingkasselangor.com/.
- Pada halaman utama BINGKAS, sila klik pada [Daftar Sekarang].
- Kemudian, klik pada butang [Daftar Akaun Selangkah Baru] di bawah.
- Masukkan nombor telefon mengikut format, contoh : 0123456789.
- Klik butang [Teruskan].
- Isikan segala butiran peribadi yang diperlukan dengan betul.
- Seterusnya, klik pada butang [Daftar].
- Setelah pendaftaran berjaya, sila [Log Masuk] mengikut akaun yang didaftarkan.
- Kemudian, tekan butang [Buat Permohonan].
- Masukkan segala maklumat peribadi yang diperlukan dan tekan butang [Hantar].
- Pada bahagian butiran anak, sila klik [Tambah Anak] untuk mengisi maklumat tentang anak dan tekan [Hantar].
- Tandakan pada kotak yang berkenaan dan tekan butang [Hantar].
- Klik [Choose File] untuk memuat naik dokumen yang diperlukan (mengikut format jpeg. dan pdf) dan tekan [Hantar].
- Tandakan pada kotak persetujuan [/].
- Seterusnya, klik butang [Hantar].
- ‘Permohonan telah berjaya’.
- Selesai.
*Nota : Setelah permohonan berjaya dilakukan, pemohon perlu memuat turun aplikasi Selangkah dan mengaktifkan akaun e-Wallet.
RUJUKAN
Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi BINGKAS. Sekiranya terdapat pertanyaan lanjut, pihak tuan/puan boleh menghubungi Talian hotline : 1-800-22-6600 ATAU https://www.bingkasselangor.com/hubungi-kami.
PENAFIAN
Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak Kerajaan Malaysia dan juga Kerajaan Negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan Portal Rasmi dari : https://www.bingkasselangor.com/soalan-lazim.