BANTUAN MYKASIH DALAM IC TERBARU RM150 2024 : SEMAK NAMA PENERIMA SEKARANG
Identity Card (IC) adalah merupakan kad pengenalan diri rakyat Malaysia, namun dengan kad IC juga kerajaan mewujudkan inisiatif baharu menjadikan ia sebagai kad untuk menerima bantuan tunai dan boleh digunakan di mana-mana sahaja untuk membeli barangan yang diperlukan.
Bagaimanakah semak nama penerima bantuan mykasih dalam ic terbaru rm150? Ikuti penjelasan lebih lanjut di sini.
BACA JUGA : PERMOHONAN TERKINI BANTUAN EWALLET RM300 SETIAP BULAN DIBUKA BULAN INI : DAFTAR SEKARANG
GOLONGAN LAYAK MENERIMA BANTUAN MYKASIH DALAM IC TERBARU 2024
Bagi peruntukan yang terbaru, MyKasih tidak lagi menghadkan untuk golongan miskin tegar malah telah dibuka untuk tiga (3) jenis golongan terbaru, iaitu :
- Miskin Tegar;
- Miskin Serdehana; dan
- Asas Bukan Miskin.
NILAI PENYALURAN BANTUAN MYKASIH DALAM IC TERBARU 2024
Penyaluran bantuan MyKasih ke dalam IC adalah mengikut nilai yang berlainan setiap kategori seperti berikut :
- Kategori Isi Rumah :
MISKIN TEGAR | MISKIN SERDEHANA | ASAS BUKAN MISKIN |
---|---|---|
RM100 setiap bulan | RM100 setiap bulan | RM300 setahun |
- Kategori Warga Emas :
MISKIN TEGAR | MISKIN SERDEHANA | ASAS BUKAN MISKIN |
---|---|---|
RM100 setiap bulan | RM100 setiap bulan | RM150 setahun |
- Kategori Bujang :
MISKIN TEGAR | MISKIN SERDEHANA | ASAS BUKAN MISKIN |
---|---|---|
RM50 setiap bulan | RM50 setiap bulan | RM150 setahun |
TARIKH PENYALURAN BANTUAN MYKASIH DALAM IC TERBARU 2024
Setiap penerima yang layak akan menerima bantuan Mykasih yang terbaru dalam IC masing-masing bermula pada tarikh :
TARIKH TERBARU BANTUAN MYKASIH DALAM IC |
---|
Bermula 1 Ogos 2024 (Khamis) |
SEMAK NAMA PENERIMA BANTUAN MYKASIH DALAM IC TERBARU RM150 2024
Ikuti cara semak nama penerima bantuan MyKasih dalam IC yang terbaru seperti berikut :
- Sila layari portal rasmi MyKasih; atau klik pada pautan di sini : https://mykasih.com.my/.
- Pada halaman utama tersebut, sila klik pada [SEMAK STATUS].
- Masukkan Nombor Kad pengenalan dengan betul tanpa (-) Contoh : 83XXXXXXXXXX.
- Seterusnya, masukkan Kod Captcha yang betul berdasarkan imej yang diberikan.
- Kemudian, klik pada butang [Semak Status].
- Status penerima akan dipaparkan.
- Selesai.
RUJUKAN
Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi MyKASIH. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib di bawah :
- Laman Pertanyaan MyKasih : https://mykasih.com.my/contact-us/.
- Talian Hotline MyKasih : (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900
- Alamat E-mel : [email protected]
PENAFIAN
Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak Kerajaan Malaysia dan juga Kerajaan Negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan Portal Rasmi dari : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/faq/.