BANTUAN MYKASIH DALAM MYKAD TERBARU RM100 2024 : SEMAK NAMA PENERIMA SEKARANG
Ketua keluarga (suami mahupun isteri) yang berpendapatan di bawah garis kemiskinan akan diberi keutamaan untuk menerima bantuan MyKasih yang disalurkan ke dalam Mykad sebanyak RM100 bagi menampung kos perbelanjaan isi rumah.
Bagaimanakah semak nama penerima bantuan mykasih dalam mykad terbaru rm100? Ikuti penjelasan lebih lanjut di sini.
BACA JUGA : BANTUAN MYKASIH DALAM IC TERBARU RM150 : SEMAK NAMA PENERIMA SEKARANG
APA ITU BANTUAN MYKASIH DALAM MYKAD TERBARU
Bantuan MyKasih yang disalurkan ke dalam Mykad penerima adalah merupakan bantuan subsidi bersasar oleh kerajaan untuk mengangkat taraf ekonomi keluarga yang berpendapatan rendah bagi memenuhi keperluan asas seisi keluarga.
TARIKH KREDIT BANTUAN MYKASIH DALAM MYKAD TERBARU 2024
Bantuan MyKasih akan dikreditkan kepada penerima yang layak mengikut tarikh yang terbaru iaitu bermula pada 1 Ogos 2024 (Khamis) ini. Namun, ia dikreditkan secara ansur dan berperingkat mengikut kategori kelayakan penerima.
KATEGORI KELAYAKAN PENERIMA BANTUAN MYKASIH DALAM MYKAD RM100 2024
Hanyalah terhad kepada kategori kelayakan yang ditetapkan seperti berikut :
BIL. | KATEGORI KELAYAKAN PENERIMA | JUMLAH BANTUAN DITERIMA |
---|---|---|
1. | Isi Rumah Berpasangan (Ada / Tiada anak) | RM100 |
2. | Ibubapa Tunggal (Ada anak) | RM100 |
3. | Ibubapa Tunggal (Umur 60 ke atas) | RM100 |
CARA PENERIMAAN BANTUAN MYKASIH DALAM MYKAD TERBARU 2024
Setelah penerima daripada alamat Semenanjung Malaysia diluluskan dan didaftarkan MyKasih, akaun akan dibuka berdasarkan MyKad penerima dalam sistem di mana elaun perbelanjaan akan disimpan. Penerima akan menerima elaun bulanan RM100 melalui MyKad untuk membeli barang keperluan asas terpilih.
SEMAK NAMA PENERIMA BANTUAN MYKASIH DALAM MYKAD TERBARU RM100 2024
Ikuti cara semak nama penerima bantuan MyKasih dalam MyKad yang terbaru seperti berikut :
PAUTAN PORTAL RASMI MYKASIH |
---|
https://mykasih.com.my/ |
- Sila klik pada pautan Portal Rasmi MyKasih di atas.
- Pada halaman utama Portal MyKasih, sila klik [SEMAK STATUS].
- Masukkan, nombor MyKad* dengan betul tanpa (–).
- Kemudian, klik butang [Semakan Status] di bawah.
- Status penerima terbaru akan dipaparkan.
- Selesai.
RUJUKAN
Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi MyKASIH. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib di bawah :
- Laman Pertanyaan : https://mykasih.com.my/contact-us/.
- Talian MyKasih : (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900
- Alamat E-mel : [email protected]
PENAFIAN
Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak Kerajaan Malaysia dan juga Kerajaan Negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan Portal Rasmi dari : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/.
Assalamualaikum,
Mohon bantuan cara membuat permohonan.
Bantuan yang tersenarai kerajaan 2024..
Mykasih
Terimakasih