BANTUAN MYKASIH DALAM MYKAD TERBARU RM50 2024 : SEMAK NAMA PENERIMA SEKARANG
Bukan sahaja terhad untuk yang berkeluarga, malah bantuan MyKasih juga diberikan keutamaan kepada golongan bujang untuk menerima manfaat bantuan dalam MyKad. Namun, nilai bantuan berikan adalah bernilai RM50 untuk menampung diri.
Bagaimanakah semak nama penerima bantuan mykasih dalam mykad terbaru rm50? Ikuti penjelasan lebih lanjut di sini.
BACA JUGA : BANTUAN MYKASIH DALAM MYKAD TERBARU RM100 : SEMAK NAMA PENERIMA SEKARANG
SENARAI KATEGORI PENERIMA BANTUAN MYKASIH DALAM MYKAD RM50 2024
Bantuan MyKasih yang disalurkan sebanyak RM50 adalah untuk kategori seperti berikut :
BIL. | KATEGORI PENERIMA | JUMLAH BANTUAN |
---|---|---|
1. | Bujang OKU | RM50 |
2. | Bujang (belum berkahwin) | RM50 |
3. | Balu | RM50 |
4. | Duda | RM50 |
5. | Janda | RM50 |
TARIKH KREDIT BANTUAN MYKASIH DALAM MYKAD TERBARU 2024
Bantuan MyKasih akan dikreditkan ke dalam MyKad penerima mengikut tarikh terbaru, iaitu pada :
PERKARA | TARIKH |
---|---|
Pengkreditan Terbaru Bantuan MyKasih Dalam MyKad | 1 Ogos 2024 (Khamis) |
TEMPOH PENGGUNAAN BANTUAN MYKASIH DALAM MYKAD TERBARU 2024
Baki pada bulan sebelum ini akan dibawa ke bulan yang seterusnya dan penerima boleh menggunakan bantuan MyKasih dalam Mykad sehingga tempoh yang ditetapkan iaitu sebelum pada 31 Disember 2024 (Selasa) dan selepas dari tarikh ini bantuan tidak lagi boleh digunakan dalam Mykad.
SEMAK NAMA PENERIMA BANTUAN MYKASIH DALAM MYKAD TERBARU RM50 2024
Ikuti cara semakan nama penerima bantuan MyKasih dalam Mykad yang bernilai RM50 terbaru seperti berikut :
- Sila layari laman rasmi MyKasih di pautan ini : https://mykasih.com.my/.
- Anda akan dibawa ke halaman utama MyKasih.
- Kemudian, klik pada [SEMAK STATUS].
- Masukkan nombor MyKad* pada ruangan yang disediakan.
- Seterusnya, klik butang [Semakan Status].
- Status penerima terbaru akan dipaparkan.
- Selesai.
RUJUKAN
Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi MyKASIH. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib di bawah :
- Laman Bantuan : https://mykasih.com.my/contact-us/.
- Talian Bantuan : (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900
- Alamat E-mel : [email protected]
PENAFIAN
Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak Kerajaan Malaysia dan juga Kerajaan Negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan Portal Rasmi dari : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/faq/.