PORTAL PERMOHONAN BANTUAN EWALLET B40 RM300 SETIAP BULAN RASMI DIBUKA : SEMAK KELAYAKAN DAN DAFTAR SEKARANG

PORTAL PERMOHONAN BANTUAN EWALLET B40 RM300 SETIAP BULAN RASMI DIBUKA : SEMAK KELAYAKAN DAN DAFTAR SEKARANG

Berdasarkan makluman oleh Kerajaan Negeri, Portal untuk permohonan Bantuan e-Wallet telah dibuka secara rasmi. Bagi rakyat yang memenuhi kelayakan digalakkan untuk membuat permohonan kerana bantuan yang disalurkan adalah sebanyak RM300 setiap bulan.

Bagaimanakah permohonan bantuan ewallet b40 rm300 setiap bulan? Ikuti penjelasan lebih lanjut di sini.

BACA JUGA : BANTUAN MYKASIH DALAM MYKAD TERBARU RM1200 : SEMAK NAMA PENERIMA SEKARANG

KELEBIHAN BANTUAN EWALLET B40 RM300 SETIAP BULAN

Berikut merupakan beberapa kelebihan yang akan diperoleh daripada bantuan e-Wallet :

  • e-Wallet boleh digunakan di kedai serta pasaraya berdaftar;
  • Urusniaga pembelian secara tanpa tunai (menggunakan kod QR e-Wallet);
  • Had bulanan pembelian barangan keperluan asas sebanyak RM300;
  • Baki nilai bulan terdahulu perlu dihabiskan dan tidak dibawa ke bulan hadapan;
  • e-Wallet akan ditambah nilai ke tahap RM300 setiap bulan secara automatik.

TARIKH PERMOHONAN BANTUAN EWALLET B40 RM300 SETIAP BULAN RASMI DIBUKA

Kerajaan telah mengumumkan bahawa tarikh rasmi permohonan bantuan e-Wallet dibuka pada :

TARIKH RASMI PERMOHONAN
BANTUAN EWALLET B40
Permohonan telah dibuka bermula 5 Julai 2024
dan akan ditutup pada 15 Ogos 2024
*Nota : Namun tarikh tutup permohonan adalah tertakluk kepada kouta pemohon.

TEMPOH LULUS PERMOHONAN BANTUAN EWALLET B40 RM300 SETIAP BULAN

Setelah permohonan dibuat, pemohon perlu menunggu kelulusan daripada Kerajaan selama tempoh 14 hari daripada tarikh memohon. Apabila permohonan diluluskan, kerajaan akan memaklumkan kepada pemohon dan bantuan akan terus dikreditkan sebanyak RM300 setiap bulan secara automatik.

SYARAT KELAYAKAN PEMOHON BANTUAN EWALLET B40

Hanya pemohon yang memenuhi syarat-syarat berikut akan dipertimbangkan oleh Kerajaan. Antara syaratnya ialah :

  • Warganegara Malaysia;
  • Keluarga yang mempunyai tanggungan (anak / cucu) minimum dua (2) orang berusia 18 tahun ke bawah;
  • Pendapatan isi rumah di bawah RM5,000.00 sebulan;
  • Lahir di Selangor atau menetap di Selangor melebihi 10 tahun; dan
  • Pemilih berdaftar di Negeri Selangor.

PORTAL PERMOHONAN BANTUAN EWALLET B40 RM300 SETIAP BULAN RASMI DIBUKA

Ikuti cara permohonan bantuan e-Wallet di portal rasmi seperti berikut :

  1. Sila layari Portal Rasmi Permohonan di sini : https://www.bingkasselangor.com/.
  2. Pada halaman utama, sila klik pada [Daftar Sekarang].
  3. Kemudian, klik pada butang [Daftar Akaun Selangkah Baru] di bawah.
  4. Masukkan nombor telefon mengikut format, contoh : 0123456789.
  5. Klik butang [Teruskan].
  6. Isikan segala butiran peribadi yang diperlukan dengan betul.
  7. Seterusnya, klik pada butang [Daftar].
  8. Setelah pendaftaran berjaya, sila [Log Masuk] mengikut akaun yang didaftarkan.
  9. Kemudian, tekan butang [Buat Permohonan].
  10. Masukkan segala maklumat peribadi yang diperlukan dan tekan butang [Hantar].
  11. Pada bahagian butiran anak, sila klik [Tambah Anak] untuk mengisi maklumat tentang anak dan tekan [Hantar].
  12. Tandakan pada kotak yang berkenaan dan tekan butang [Hantar].
  13. Klik [Choose File] untuk memuat naik dokumen yang diperlukan (mengikut format jpeg. dan pdf) dan tekan [Hantar].
  14. Tandakan pada kotak persetujuan [/].
  15. Seterusnya, klik butang [Hantar].
  16. ‘Permohonan telah berjaya’.
  17. Selesai.

*Nota : Selepas permohonan dibuat, pemohon perlu memuat turun aplikasi ‘Selangkah’ dan aktifkan akaun e-Wallet.

RUJUKAN

Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi BINGKAS. Sekiranya terdapat pertanyaan lanjut, pihak tuan/puan boleh menghubungi Talian hotline : 1-800-22-6600 ATAU https://www.bingkasselangor.com/hubungi-kami.

PENAFIAN

Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak Kerajaan Malaysia dan juga Kerajaan Negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan Portal Rasmi dari : https://www.bingkasselangor.com/soalan-lazim.

Leave a Comment