SEMAKAN NAMA PENERIMA BANTUAN DALAM IC RM1200 2024 : CHECK SEKARANG

SEMAKAN NAMA PENERIMA BANTUAN DALAM IC RM1200 2024 : CHECK SEKARANG

Bantuan yang disalurkan dalam IC (Kad pengenalan) penerima telah diperkenalkan pada tahun 2023 dan Kerajaan akan meneruskan pemberian bantuan ini pada tahun 2024 dengan dinaikkan kadar bantuan sebanyak RM1,200 berbanding sebelum ini hanya RM600 sahaja.

Bagaimanakah semakan nama penerima bantuan dalam ic rm1200? Ikuti info selanjutnya di sini.

BACA JUGA : SEMAKAN NAMA PENERIMA BANTUAN MYKAD RM1200 : CHECK STATUS SEKARANG

APA ITU BANTUAN DALAM IC RM1200

Bantuan dalam IC RM1,200 ialah bantuan yang diperkenalkan dengan nama rasminya Sumbangan Asas Rahmah (SARA) iaitu bantuan untuk membeli barang keperluan asas makanan di kedai-kedai dan pasaraya terpilih seluruh Malaysia.

APAKAH KELAYAKAN BANTUAN DALAM IC RM1200 2024

Anatara syarat kelayakan yang ditetapkan untuk penerima bantuan RM1,200 dalam IC ialah seperti berikut :

  • Warganegara Malaysia;
  • Berstatus miskin / miskin tegar berada dalam data eKasih; dan
  • Lulus (penerima) Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2024 kategori Isi Rumah, Bujang dan Warga Emas Tiada Pasangan.

BAGAIMANAKAH CARA PEMBELIAN DENGAN BANTUAN DALAM IC

Berikut merupakan cara pembelian dengan menggunakan bantuan dalam IC seperti di bawah :

  1. Kunjungi kedai yang terpilih berhampiran anda, sila rujuk di sini : .https://apps.mykasih.net:8443/mkmember/Redang/Recip/MerchList.aspx?lang=
  2. Seterusnya, pilih barangan keperluan asas mengikut 10 kategori yang telah ditetapkan. Anda boleh rujuk pada rak tanda harga yang mempunyai label MyKasih di kedai tersebut.
  3. Tunjukan MyKad anda kepada juruwang di kaunter bayaran untuk juruwang membuat pengesahan penerima bantuan.
  4. Kemudian, juruwang akan mengimbas setiap kod barangan yang anda pilih mengikut kategori yang diluluskan.
  5. Anda perlu memasukan 6 digit PIN MyKad anda untuk pengesahan transaksi pembelian.
  6. Sila simpan resit untuk semakan transaksi pembelian dan nilai baki.

BAGAIMANAKAH SEMAKAN NAMA PENERIMA BANTUAN DALAM IC RM1200 2024

Ikuti cara semakan Bantuan Dalam IC RM1,200 seperti berikut :

  1. Sila layari Portal Rasmi MyKasih di sini : https://www.mykasih.com.my/
  2. Pada halaman MyKasih, sila klik pada [SEMAK STATUS] SUMBANGAN ASAS RAHMAH (SARA).
  3. Anda akan dibawa ke bahagian ‘Semakan Status’.
  4. Masukkan Nombor Mykad anda dengan betul tanpa (-) Contoh : 83XXXXXXXXXX
  5. Seterunya, masukkan Kod Captcha yang betul berdasarkan imej yang diberikan.
  6. Tekan butang [Semak Status].
  7. Status anda akan dipaparkan.
  8. Selesai.

RUJUKAN

Segala yang kami kongsikan di atas adalah berdasarkan Portal Rasmi MyKasih. Pihak kami hanya sekadar berkongsi berkaitan bantuan di atas sahaja untuk memudahkan anda membuat carian. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau masalah berkaitan bantuan tersebut, sila rujuk pihak berwajib MyKasih di sini : https://www.mykasih.com.my/contact-us/ Semoga bermanfaat, terima kasih.

Leave a Comment