CHECK STATUS BANTUAN STR FASA 3 2024 : SEMAK SEKARANG

CHECK STATUS BANTUAN STR FASA 3 2024 : SEMAK SEKARANG

Berdasarkan peringkat bayaran bantuan STR yang mana telah melepasi fasa pertama dan kedua pada April lalu, kini fasa ketiga bagi tahun ini bakal dibayar kepada penerima pada bulan Ogos ini secara berperingkat mengikut kelayakan yang ditetapkan.

Bagaimanakah check status bantuan str fasa 3? Ikuti penjelasan lebih lanjut di sini.

BACA JUGA : SEMAKAN NAMA PENERIMA BANTUAN MYKASIH OGOS : CHECK STATUS SEKARANG

JADUAL PENERIMAAN BANTUAN STR 2024

Oleh kerana permohonan dibuka sepanjang tahun, setiap penerima akan menerima bantuan STR mengikut tarikh permohonan dan juga fasa semasa, seperti berikut :

TARIKH PERMOHONAN
DIHANTAR
PENERIMAAN
BANTUAN STR
FASA
01.11.2023
hingga
30.11.2023
Februari1, 2, 3 & 4
01.12.2023
hingga
29.02.2024
April2, 3 & 4
01.03.2024
hingga
30.06.2024
Ogos3 & 4
01.07.2024
hingga
30.09.2024
November4

SENARAI KATEGORI PENERIMA BANTUAN STR FASA 3 2024

Berikut merupakan senarai kategori penerima yang layak menerima bantuan STR fasa ketiga :

  1. Kategori Isi Rumah :
    • Pendapatan isi rumah bawah RM2,500 sebulan; atau
    • Pendapatan isi rumah RM2,501 hingga RM5,000 sebulan.
  2. Kategori Bujang :
    • Umur 21 hingga 59 tahun; atau
    • Umur 60 tahun dan ke atas (Warga emas).

JUMLAH BAYARAN BANTUAN STR FASA 3 2024

Bantuan STR akan dibayar kepada penerima mengikut jumlah yang ditetapkan setiap kategori seperti berikut :

KATEGORI PENERIMAJUMLAH BAYARAN
BANTUAN STR 2024
Isi Rumah Pendapatan
RM2,500 ke bawah
0 Anak : RM1,000
1 – 2 Anak : RM1,500
3 – 4 Anak : RM2,000
5 Anak ke atas : RM2,500
Isi Rumah Pendapatan
RM2,501 hingga RM5,000
0 Anak : RM500
1 – 2 Anak : RM750
3 – 4 Anak : RM1,000
5 Anak ke atas : RM1,250
Bujang (Warga Emas)RM600
Bujang (21 hingga 59 tahun)RM350
*Nota : Bayaran bagi fasa ketiga (3) setiap penerima perlu check pada portal rasmi MySTR.

CHECK STATUS BANTUAN STR FASA 3 2024

Ikuti cara check status STR Fasa ketiga (3) seperti berikut :

  1. Sila layari portal rasmi MySTR di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
  2. Pada halaman utama, sila masukkan nombor Mykad pemohon pada ruangan tanpa (-) contoh : 83XXXXXXXXXX.
  3. Klik butang [Log Masuk].
  4. Seterusnya, klik [Semak].
  5. Tekan [Ya] sekiranya frasa keselamatan pemohon yang dipaparkan adalah betul.
  6. Masukkan kata laluan yang betul.
  7. Klik butang [Log Masuk].
  8. Kemudian, klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
  9. Status bayaran fasa 3 akan dipaparkan.
  10. Selesai.

RUJUKAN

Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi MySTR. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib di bawah :

  • Hotline STR HASiL : 1-800-88-2747
  • Hotline STR MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
  • E-mel : [email protected]

PENAFIAN

Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak Kerajaan Malaysia dan juga Kerajaan Negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan Portal Rasmi dari : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.

Leave a Comment