CHECK STATUS BANTUAN MYKASIH DALAM MYKAD RM150 OGOS 2024 : SEMAK SEKARANG

CHECK STATUS BANTUAN MYKASIH DALAM MYKAD RM150 OGOS 2024 : SEMAK SEKARANG

Khusus untuk warganegara Malaysia, inisiatif bantuan Mykasih yang disalurkan ke dalam Mykad bakal dilaksanakan pada awal bulan Ogos ini. Setelah bantuan dimasukkan ke dalam MyKad, penerima boleh terus menggunakannya untuk membeli barangan keperluan asas.

Bagaimanakah check status bantuan mykasih dalam mykad rm150 bulan Ogos? Ikuti penjelasan lebih lanjut di sini.

BACA JUGA : CHECK STATUS BANTUAN STR FASA 3 : SEMAK SEKARANG

TARIKH KREDIT BANTUAN MYKASIH DALAM MYKAD RM150 OGOS 2024

Pengkreditan bantuan MyKasih ke dalam MyKad bulan Ogos adalah bermula pada :

TARIKH KREDIT BANTUAN MYKASIH
DALAM MYKAD
1 Ogos 2024 (Khamis)

JUMLAH KREDIT BANTUAN MYKASIH DALAM MYKAD OGOS 2024

Jumlah Bantuan MyKasih yang akan dikreditkan ke dalam MyKad pada bulan Ogos adalah seperti berikut :

KATEGORI PENERIMAJUMLAH KREDIT BANTUAN
ISI RUMAHRM100
WARGA EMASRM100
BUJANGRM50

SENARAI NEGERI PENERIMA BANTUAN MYKASIH DALAM MYKAD OGOS 2024

Hanya negeri-negeri yang tersenarai di bawah akan melaksanakan bantuan MyKasih dalam MyKad bagi bulan Ogos :

  1. Perak;
  2. Perlis;
  3. Pulau Pinang;
  4. Kedah;
  5. Pahang;
  6. Kelantan;
  7. Terengganu;
  8. Negeri Sembilan;
  9. Melaka;
  10. Johor;
  11. Selangor;
  12. Kuala Lumpur;
  13. Putrajaya.

KEGUNAAN BANTUAN MYKASIH DALAM MYKAD 2024

Setiap penerima yang layak boleh menggunakan bantuan dalam Mykad untuk :

  • Membeli barangan keperluan asas dapur;
  • Membeli barangan keperluan kebersihan dan ubat-ubatan; dan
  • Membeli barangan keperluan sekolah.

CHECK STATUS BANTUAN MYKASIH DALAM MYKAD RM150 OGOS 2024

Ikuti cara check status bantuan MyKasih dalam MyKad bagi bulan Ogos seperti berikut :

  1. Sila layari portal rasmi MyKasih; atau klik pada pautan di sini : https://mykasih.com.my/.
  2. Pada halaman utama tersebut, sila klik pada [SEMAK STATUS].
  3. Masukkan Nombor MyKad* dengan betul tanpa (-) Contoh : 83XXXXXXXXXX.
  4. Seterusnya, masukkan Kod Captcha yang betul berdasarkan imej yang diberikan.
  5. Kemudian, klik pada butang [Semak Status].
  6. Status penerima bulan Ogos akan dipaparkan.
  7. Selesai.

RUJUKAN

Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi MyKASIH. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib di bawah :

PENAFIAN

Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak Kerajaan Malaysia dan juga Kerajaan Negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan Portal Rasmi dari : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/faq/.

Leave a Comment