BANTUAN MYKAD RM150 OGOS 2024 : SEMAK STATUS SEKARANG

BANTUAN MYKAD RM150 OGOS 2024 : SEMAK STATUS SEKARANG

Di awal bulan Ogos ini, kerajaan telah menyalurkan bantuan secara tanpa tunai melalui pengkreditan ke dalam MyKad rakyat Malaysia. Namun, ia terhad hanya kepada golongan dewasa yang berumur 19 tahun dan ke atas serta menetapi syarat kelayakan.

Bagaimanakah semak status bantuan mykad rm150 ogos? Ikuti penjelasan lebih lanjut di sini.

BACA JUGA : BANTUAN MYKAD RM150 TERBARU : SEMAK STATUS PENERIMA SEKARANG

TARIKH PENGKREDITAN BANTUAN MYKAD OGOS 2024

Pengkreditan bantuan ke dalam MyKad adalah bermula pada :

PERKARATARIKH
Pengkreditan Bantuan MyKadBermula 01/08/2024 (Khamis)

TEMPOH PENGGUNAAN BANTUAN MYKAD OGOS 2024

Sekiranya penerima telah menerima bantuan pada bulan Ogos ini dan tidak menggunakkannya, ia akan dibawa ke bulan seterusnya selama tempoh yang ditetapkan iaitu sehingga pada 31/12/2024 sahaja dan setelah itu penerima tidak lagi boleh menggunakan bantuan dalam MyKad.

NEGERI TERLIBAT DALAM PENGKREDITAN BANTUAN MYKAD OGOS 2024

Hanya 13 negeri sahaja yang terlibat dalam pengkreditan bantuan MyKad pada bulan Ogos, antaranya ialah Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, Melaka, Negeri Sembilan, Kelantan, Pahang, Terengganu, Perak, Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Johor.

CARA PENERIMAAN BANTUAN MYKAD OGOS 2024

Setelah penerima daripada alamat Semenanjung Malaysia diluluskan dan didaftarkan, akaun akan dibuka berdasarkan MyKad penerima dalam sistem di mana elaun perbelanjaan akan disimpan. Penerima akan menerima RM100 / RM50 melalui MyKad untuk membeli barang keperluan asas terpilih.

SEMAK STATUS BANTUAN MYKAD RM150 OGOS 2024

Ikuti cara semak status bantuan MyKad RM150 pada bulan Ogos seperti berikut :

  1. Sila layari laman ‘Semakan Status’ rasmi di sini : https://app.mykasih.net/sara2/checkstatus.
  2. Kemudian, isikan ‘Nombor MyKad* pada ruangan yang disediakan.
  3. Tekan pada butang [Semakan Status] di bawah.
  4. Status penerima bulan Ogos akan dipaparkan.
  5. Selesai.

RUJUKAN

Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi SARA. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila hubungi pihak berwajib di talian : (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900.

PENAFIAN

Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak Kerajaan Malaysia dan juga Kerajaan Negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan Portal Rasmi dari : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/faq/.

Leave a Comment