TARIKH RASMI TERKINI BANTUAN STR FASA 3 2024 : SEMAK SEKARANG

TARIKH RASMI TERKINI BANTUAN STR FASA 3 2024 : SEMAK SEKARANG

Secara amnya kerajaan menyalurkan bantuan STR adalah secara berperingkat melalui empat (4) fasa sepanjang tahun. Bagi tahun 2024 ini, fasa satu (1) dan fasa dua (2) telah selesai pada bulan Februari dan April lalu kini adalah fasa tiga (3) yang bakal disalurkan kepada penerima.

Bagaimanakah semak tarikh rasmi terkini bantuan str fasa 3? Ikuti penjelasan lebih lanjut di sini.

BACA JUGA : CHECK STATUS STR ONLINE (FASA 3 SEMAKAN BAYARAN)

JUMLAH PENERIMA TERKINI BANTUAN STR FASA 3 2024

Oleh kerana permohon yang dibuka sepanjang tahun, kerajaan menganggarkan jumlah penerima akan meningkat mengikut kategori seperti berikut :

KATEGORI KELAYAKANJUMLAH PENERIMA
Isi Rumah Pendapatan
RM2,500 ke bawah
3.1 juta
Isi Rumah Pendapatan
RM2,501 hingga RM5,000
1.0 juta
Warga Emas Bujang1.3 juta
Bujang (Umur 21 hingga 59 tahun)3.3 juta

AMAUN BAYARAN RASMI TERKINI BANTUAN STR FASA 3 2024

Berikut merupakan anggaran amaun bayaran STR yang akan diterima oleh setiap kategori bagi fasa ketiga (3) :

  • Kategori Isi Rumah :
KELAYAKAN PENERIMAAMAUN BAYARAN
Isi Rumah Pendapatan
RM2,500 ke bawah
0 anak : RM150
1 – 2 anak : 300
3 – 4 anak : RM500
5 ke atas : RM650
Isi Rumah Pendapatan
RM2,501 hingga RM5,000
0 anak : RM150
1 – 2 anak : RM200
3 – 4 anak : RM250
5 ke atas : RM300
  • Kategori Bujang :
KELAYAKAN PENERIMAAMAUN BAYARAN
Bujang (Warga Emas 60 tahun ke atas)RM150
Bujang (21 hingga 59 tahun)RM50
*Nota : Bagaimanapun amaun di atas adalah anggaran. Penerima perlu membuat semakan.

TARIKH RASMI TERKINI BANTUAN STR FASA 3 2024

Bantuan STR bagi fasa ketiga (3) tahun 2024 dijangka akan dibayar kepada hampir 9 juta penerima pada bulan Ogos ini sebelum pada 31 Ogos 2024. Namun, tarikh rasmi akan diumumkan oleh Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim.

SEMAKAN TERKINI BANTUAN STR FASA 3 2024

Untuk mengetahui status terkini, penerima boleh membuat semakan di portal rasmi MySTR seperti berikut :

  1. Sila layari portal rasmi MySTR di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
  2. Pada halaman utama, sila masukkan nombor Mykad pemohon pada ruangan tanpa (-) contoh : 83XXXXXXXXXX.
  3. Klik butang [Log Masuk].
  4. Seterusnya, klik [Semak].
  5. Tekan [Ya] sekiranya frasa keselamatan pemohon yang dipaparkan adalah betul.
  6. Masukkan kata laluan yang betul.
  7. Klik butang [Log Masuk].
  8. Kemudian, klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
  9. Status bayaran penerima akan dipaparkan.
  10. Selesai.

RUJUKAN

Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi MySTR LHDNM. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib di bawah :

  • Hotline STR HASiL : 1-800-88-2747
  • Hotline STR MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
  • E-mel : [email protected]

PENAFIAN

Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak Kerajaan Malaysia dan juga Kerajaan Negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan Portal Rasmi dari : https://bantuantunai.hasil.gov.my/#.

Leave a Comment