BANTUAN B40 DALAM MYKAD RM1800 TERKINI 2024 : SEMAK NAMA PENERIMA SEKARANG

BANTUAN B40 DALAM MYKAD RM1800 TERKINI 2024 : SEMAK NAMA PENERIMA SEKARANG

Untuk menjalani kehidupan harian dalam arus pemodenan masa kini yang mana ekonomi juga meningkat pastinya rakyat dari kumpulan B40 (berpendapatan rendah) akan terkesan. Oleh itu, kerajaan memperuntukan lebih lima (5) kali ganda bantuan khas untuk B40 disalurkan ke dalam MyKad.

Bagaimanakah semak nama penerima bantuan b40 dalam mykad rm1800 terkini? Ikuti penjelasan lebih lanjut di sini.

BACA JUGA : SEMAKAN STATUS STR (FASA 3 2024)

JUMLAH PENERIMA BANTUAN B40 DALAM MYKAD TERKINI 2024

Hanya sebilangan rakyat Malaysia yang berpendapatan rendah di bawah RM2,500 sebulan serta memenuhi syarat lainnya akan dipilih untuk menerima bantuan dalam Mykad. Kira-kira lebih 700,000 ribu penerima yang terkini terdiri daripada kumpulan B40 yang merangkumi bujang dan isi rumah.

KADAR AMAUN SETIAP PENERIMA BANTUAN B40 DALAM MYKAD TERKINI 2024

Setiap penerima akan menerima amaun bantuan yang berbeza mengikut kategori kelayakan terkini seperti berikut :

KATEGORI KELAYAKAN PENERIMAKADAR AMAUN BANTUAN
Isi Rumah
(Berpasangan / ibubapa tunggal)
RM1,200
Bujang
(Belia / warga emas)
RM600

CARA PENERIMAAN BANTUAN B40 DALAM MYKAD 2024

Setelah penerima daripada alamat Semenanjung Malaysia diluluskan dan didaftarkan, akaun akan dibuka berdasarkan MyKad penerima dalam sistem di mana elaun perbelanjaan akan disimpan. Penerima akan menerima elaun bulanan sebanyak RM100 / RM50 setiap bulan melalui MyKad.

TEMPOH PENERIMAAN BANTUAN B40 DALAM MYKAD 2024

Penerimaan bantuan B40 dalam MyKad adalah selama tempoh 12 bulan iaitu bermula pada pertengahan bulan Januari (22 & 29 Januari 2024) dan berlansung setiap bulan sehingga pada Disember (31 Disember 2024) setelah itu penerima tidak lagi boleh menggunakan bantuan dalam MyKad.

SEMAK NAMA PENERIMA BANTUAN B40 DALAM MYKAD RM1800 TERKINI 2024

Ikuti cara semakan nama penerima bantuan B40 dalam MyKad yang terkini seperti berikut :

  1. Sila layari laman ‘Semakan’ di pautan ini : https://app.mykasih.net/sara2/checkstatus.
  2. Klik pada ruangan ‘Nombor MyKad*’.
  3. Kemudian, masukkan nombor kad pengenalan tanpa (-).
  4. Klik pada butang [Semakan Status] di bawah.
  5. Status penerima terkini akan dipaparkan.
  6. Selesai.

RUJUKAN

Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi SARA. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib di bawah :

PENAFIAN

Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak Kerajaan Malaysia dan juga Kerajaan Negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan Portal Rasmi dari : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/.

Leave a Comment