SEMAKAN BANTUAN TAMBAHAN STR 2024 RM1200 : CHECK SEKARANG
Dalam belanjawan 2024 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri, setiap penerima bantuan STR (Sumbangan Tunai Rahmah) dari pelbagai kategori iaitu isi rumah miskin/ miskin tegar, isi rumah asas, warga emas dan bujang juga akan menerima bantuan tunai tambahan setiap bulan iaitu SARA (Sumbangan Asas Rahmah).
Bagaimanakah semakan bantuan tambahan str 2024 rm1200? Ikuti penjelasan lanjut di sini.
BACA JUGA : SEMAKAN E KASIH RM1200 : CHECK SEKARANG
KAEDAH PELAKSANAAN BANTUAN
Berikut merupakan kaedah pelaksanaan / pengkreditan bantuan tambahan str seperti di bawah :
JENIS BANTUAN | KAEDAH PELAKSANAAN |
---|---|
Sumbangan Asas Rahmah (SARA) | Dikreditkan ke dalam MyKad penerima setiap bulan sebanyak RM100 selama 12 bulan. |
Sumbangan Tunai Rahmah (STR) | Dikreditkan ke dalam akaun bank penerima secara berfasa mengikut amaun yang ditetapkan setiap kategori. |
JUMLAH BANTUAN TAMBAHAN STR
Bantuan tambahan STR dibayar mengikut jumlah berdasarkan kategori penerima seperti berikut :
KATEGORI PENERIMA | JUMLAH BANTUAN |
---|---|
STR Miskin Tegar | RM1,200 |
STR Miskin | RM1,200 |
STR Isi Rumah Asas | RM300 |
STR Warga Emas | RM150 |
STR Bujang | RM150 |
CARA PENGGUNAAN BANTUAN TAMBAHAN STR
Bantuan tambahan STR atau Sumbangan Asas Rahmah (SARA) adalah bantuan khas untuk membeli barang keperluan asas dapur seperti berikut :
- Kunjungi kedai yang terpilih berhampiran anda, sila rujuk senarai kedai di sini : https://apps.mykasih.net:8443/mkmember/Redang/Recip/MerchList.aspx?lang=
- Seterusnya, pilih barangan keperluan asas mengikut 10 kategori yang telah ditetapkan. Anda boleh rujuk pada rak tanda harga yang mempunyai label MyKasih di kedai tersebut.
- Tunjukan MyKad anda kepada juruwang di kaunter bayaran untuk juruwang membuat pengesahan penerima bantuan.
- Kemudian, juruwang akan mengimbas setiap kod barangan yang anda pilih mengikut kategori yang diluluskan.
- Anda perlu memasukan 6 digit PIN MyKad anda untuk pengesahan transaksi pembelian.
- Sila simpan resit untuk semakan transaksi pembelian dan nilai baki.
SEMAKAN BANTUAN TAMBAHAN STR 2024
Untuk semakan bantuan tambahan STR hanya boleh disemak melalui Portal Rasmi MyKasih seperti berikut :
PAUTAN PORTAL RASMI MYKASIH |
---|
https://www.mykasih.com.my/ |
- Sila klik pada puatan di atas.
- Pada halaman MyKasih, sila klik pada [SEMAK STATUS] SUMBANGAN ASAS RAHMAH (SARA).
- Anda akan dibawa ke bahagian ‘Semakan Status’.
- Masukkan Nombor Mykad anda dengan betul tanpa (-) Contoh : 83XXXXXXXXXX
- Seterunya, masukkan Kod Captcha yang betul berdasarkan imej yang diberikan.
- Tekan butang [Semak Status].
- Status anda akan dipaparkan.
- Selesai.
RUJUKAN
Segala maklumat di atas adalah dirujuk berdasarkan Portal Rasmi MyKasih dan ucapan belanjawan 2024. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau masalah berkaitan bantuan tersebut, sila rujuk pihak berwajib di bawah :
- https://www.mykasih.com.my/contact-us/
- Tel : (603) 7720 1800
- E-mel : [email protected]