PERMOHONAN BANTUAN EWALLET B40 RM300 TERBARU TELAH DI BUKA : MOHON ONLINE SEKARANG

PERMOHONAN BANTUAN EWALLET B40 RM300 TERBARU TELAH DI BUKA : MOHON ONLINE SEKARANG

Tempoh permohonan Bantuan e-Wallet untuk B40 adalah selama satu (1) bulan sahaja. Oleh itu, bagi rakyat yang menepati syarat kelayakan yang ditetapkan digalakkan untuk membuat permohonan secara atas talian dengan kadar segera.

Bagaimanakah permohonan bantuan ewallet b40 rm300 terbaru? Ikuti penjelasan lebih lanjut di sini.

BACA JUGA : PERMOHONAN BANTUAN B40 TERKINI DALAM MYKAD RM450 : MOHON SEKARANG

TARIKH PERMOHONAN BANTUAN EWALLET B40 RM300 DI BUKA

Pemohon yang berkelayakan boleh membuat permohonan pada tarikh seperti berikut :

TARIKH PERMOHONAN BANTUAN EWALLET B40
Bermula 5 Julai 2024 sehingga 15 Ogos 2024

TEMPOH PENERIMAAN BANTUAN EWALLET B40 RM300 TERBARU

Bagi permohonan yang diluluskan, penerima akan menerima bantuan secara automatik melalui akaun e-Wallet di dalam telefon bimbit sebanyak RM300 setiap bulan selama tempoh 24 bulan iaitu selama dua (2) tahun berturut-turut.

MANFAAT BANTUAN EWALLET B40 RM300 TERBARU

Berikut merupakan beberapa manfaat yang diperoleh daripada bantuan e-Wallet :

  • e-Wallet boleh diguna di kedai serta pasaraya berdaftar;
  • Urusniaga pembelian secara tanpa tunai (guna kod QR e-Wallet);
  • Had bulanan pembelian barangan keperluan asas sebanyak RM300;
  • Baki nilai bulan terdahulu perlu dihabiskan dan tidak dibawa ke bulan hadapan;
  • e-Wallet akan ditambah nilai ke tahap RM300 setiap bulan secara automatik.

KRITERI KELAYAKAN PEMOHON BANTUAN EWALLET B40 TERBARU

Hanya terhad kepada yang menepati kriteria kelayakan yang ditetapkan seperti berikut :

  • Warganegara Malaysia;
  • Pendapatan isi rumah di bawah RM5,000.00 sebulan;
  • Keluarga yang mempunyai tanggungan minimum dua (2) orang berusia 18 tahun ke bawah;
  • Lahir di Selangor atau menetap di Selangor melebihi 10 tahun;
  • Pemilih berdaftar di Negeri Selangor.

PERMOHONAN BANTUAN EWALLET B40 RM300 TERBARU TELAH DI BUKA

Ikuti panduan permohonan Bantuan e-Wallet untuk B40 RM300 seperti berikut :

  1. Sila layari Portal Rasmi Permohonan di sini : https://www.bingkasselangor.com/.
  2. Pada halaman utama, sila klik pada [Daftar Sekarang].
  3. Kemudian, klik pada butang [Daftar Akaun Selangkah Baru] di bawah.
  4. Masukkan nombor telefon mengikut format, contoh : 0123456789.
  5. Klik butang [Teruskan].
  6. Isikan segala butiran peribadi yang diperlukan dengan betul.
  7. Seterusnya, klik pada butang [Daftar].
  8. Setelah pendaftaran berjaya, sila [Log Masuk] mengikut akaun yang didaftarkan.
  9. Kemudian, tekan butang [Buat Permohonan].
  10. Masukkan segala maklumat peribadi yang diperlukan dan tekan butang [Hantar].
  11. Pada bahagian butiran anak, sila klik [Tambah Anak] untuk mengisi maklumat tentang anak dan tekan [Hantar].
  12. Tandakan pada kotak yang berkenaan dan tekan butang [Hantar].
  13. Klik [Choose File] untuk memuat naik dokumen yang diperlukan (mengikut format jpeg. dan pdf) dan tekan [Hantar].
  14. Tandakan pada kotak persetujuan [/].
  15. Seterusnya, klik butang [Hantar].
  16. ‘Permohonan telah berjaya’.
  17. Selesai.

*Nota : Setelah permohonan berjaya, pemohon perlu memuat turun aplikasi ‘Selangkah’ dan mengaktifkan akaun e-Wallet.

RUJUKAN

Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi BINGKAS. Sekiranya terdapat pertanyaan lanjut, pihak tuan/puan boleh menghubungi Talian hotline : 1-800-22-6600 ATAU https://www.bingkasselangor.com/hubungi-kami.

PENAFIAN

Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak Kerajaan Malaysia dan juga Kerajaan Negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan Portal Rasmi dari : https://www.bingkasselangor.com/soalan-lazim.

Leave a Comment